Thursday, September 4, 2014

DAP putarbelit Batu Bersumpah: Apakah bebas tanpa undang dan peraturan2?


Dipenghujung hayatnya, Lim Kit Siang baru tahu tentang Sabah dan Batu Bersumpah. terus mahu dijadikan modal untuk politik pemisah yang sedang dijadikan modal untuk mengembangkan kuasa DAP di Sabah.

Kononnya Sabah sudah dinafikan hak sebagaimana yang tertera di batu Bersumpah Keningau yang berada di hadapan Pejabat Daerah Keningau:


Batu Sumpah yang Orang Sabah Perlu Tahu.

Batu Sumpah yang terletak di hadapan Mahkamah (salah ... pejabat daerah) Keningau telah didirikan pada tahun 60 an atas Petjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang di ketuai oleh mendiang Y. Bhg. Datuk G. S Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon bin Gunsanad dengan kerajaan Persekutuan Malaysia.

Untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat  negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah.

Penduduk bahagian pendalaman ( Keningau ) bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia.

MTMR berharap agar kerajaan Malaysia mengambil tindakkan tegas kepada mana-mana individu atau Parti Politik yang memainkan Isu Sabah berkenaan Batu Sumpah.

Jeffrey Kitingan tak nafi ucapan STAR yang mahu keluar dari M'sis

Perkara ini jika di biarkan akan merosakkan fikiran rakyat dan akan menimbulkan huru hara kepàda negara.

Pihak Kerajaan terutamanaya KDN @PDRMsia hendaklah mengambil tindakkan tegas kepada mana-mana pihak yang memperalatkan orang lain dengan menimbulkan isu-isu mengelirukan rakyat.

Sebagai contoh terbaru di Sabah pihak pembangkang meninbulkan isu Batu Sumpah yang kononnya rakyat Sabah di tipu oleh Kerajaan Malaysia.


Sejarah Malaysia juga cuba di ubah dan di permain-mainkan oleh pihak pembangkang dengan menyatakan Komunis adalah pejuang kemerdekaan Malaysia.

Sekiranya perkara ini di biarkan, lama kelamaan fikiran rakyat akan keliru. Jenerasi akan datang terutamanya anak cucu kita di Malaysia lupa dan tidak tahu mana satu perkara yang benar.

Baca sepenuh di Transformasi Malaysia di SINI

Namanya Batu Bersumpah mengikut dialek tempatan tapi sebenarnya dia bukan satu mitos yang sering dipegang tempatan tapi hanya batu peringatan yang menggunakan bahasa mudah faham untuk orang temopatan di perdalaman yang ketika itu pekat dialek tempatannya.


Adakah taat setia jika menuntut bukan-bukan? Memutarbelit sejarah? Mengugut? Jika kerajaan Malaysia melanggar janji, adakah bermakna taat setia itu ditarik balik? Siapa pula tentukan pihak mana yang tidak tepati janji? Ikut sentimen DAP atau main suka hati?

Apa pula yang dimaksudkan bebas dalam frasa "Ugama bebas"? Adakah maksudnya tiada undang-undang atau peraturan langsung? Atau hanya kebebasan berugama yang memang sudah dijanjikan dalam perlembagaan?

Tentulah mengikut apa yang tertera dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh negeri/Perlembgaan negeri atau yang ditandatangani dalam Perjanjian Malaysia atau apa yang dipersetujui dalam pelbagai jawatankausa dan Suruhanjaya yang ditubuhkan.

Pastinya DAP mahu gunakan isu ugama untuk membakar rakyat Sabah. Polis tidak boleh biarkan ...
Terutama bila rakyat dikelirukan dengan pembohongan dan putarbelit ....

Yong Teck Lee pula manupulasi kata-kata
Sebagai contoh putarbelit adalah kononnya Sabah adalah sebuah negara sebelum masuk Malaysia.

"Saya berpandangan, kita di Sabah tidak perlu terlalu emosi dan bermain dengan persepsi kerana sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia, hak-hak kita sebagai "Sabahan" tetap terpulihara khususnya semua Perkara 20 itu."

Baca artikel sepenuh di MyMassa SINI

No comments:

Post a Comment