Wednesday, October 8, 2014

Mungkin betul khabar Sanjeevan MyWatch adalah pengedar dadah


Terlalu kerap dan menyampah kita dengar Sanjeevan dan tuduhan-tuduhannya terhadap polis. Bila dia ditembak, kami suspek dia ada penglibatan dengan dunia jenayah. Bukan sekali dendam geng penjenayah terhadap pendedahannya.

Jika dia nak bantu kurangkan jenayah, penyokong PKR ini hanya perlu bekerjasama dengan polis dan salurkan maklumat!!!

Dengan terdedah khabar terbaru dia membida dan beli cash dua biji kereta BMW, ia hanya mengesahkan.

Ia juga bermakna maklumat pendedahan dan tuduhan salahlaku polis yang dibuat selama ini lakukan terhadap polis diperolehi dari sesama penjenayah. Kemungkinan besar pendedahannnya adalah kepentingan geng penjenayah tertentu terhadap geng penjenayah lain.

Itu pun dia cuba nak cover line ......

Sanjeevan pertahan bidaan 'BMW'

Oct 5, 2014

Pengerusi NGO antijenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan mempertahankan bidaannya berjumlah RM340,000 untuk mendapatkan dua nombor pendaftaran kenderaan negeri Selangor dengan siri “BMW”.


Sanjeevan yang dikenali dengan kritikannya ke atas pasukan polis mengaku di Twitter bahawa beliau memiliki nombor pendaftaran “BMW8” dan “BMW11”.

Gambar berhubung bidaannya itu tersebar di media sosial. Gambar tersebut menunjukkan senarai pembida untuk pelbagai nombor bagi siri tersebut, yang dibuka untuk tender terbuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dari 14 Ogos hingga 28 Ogos.

Menurut Sanjeevan, tiada pihak yang patut mengkritik beliau kerana membelanjakan wangnya sendiri.

Sebaliknya, kritikan patut disalurkan ke atas “wang awam yang terbuang”.

"Saya banyak mendengar kritikan sejak 48 jam lalu, namu semuanya lupa bahawa setidak-tidaknya saya menyumbang kepada kerajaan dan wang itu akan kembali kepada orang awam,” katanya di Twitter semalam.

Beliau juga mempersoalan dua orang penjawat awam yang berjaya membida nombor siri “BMW1” dan “BMW2” tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran.

"Saya seorang rakyat yang baik kerana saya menyumbangkan pendapatan saya kepada kerajaan, tetapi bagaimana dengan mereka yang mendapatkannya dengan percuma. Itu kehilangan hasil, bukan?,” soalnya.

-------------------------


Tiada hujah yang dapat dikemukakan melainkan  cuba menyalahkan polis balik dengan tuduhan dan tuntutan lain.

Persoalannya: Bagaimana dia boleh ada duit sebanyak itu untuk beli kereta cash? Duit tu dapat dari mana????? Sanjeevan kerja apa? Gaji berapa? Belajar dan pengalaman bekerja mana untuk dapat gaji sedemikian?

Harap polis tangkap dan siasat dia bawah AMLA!!!

No comments:

Post a Comment