Wednesday, October 22, 2014

Syed Azmi perangkap MAIS dan Ustaz


Memanglah ada kebenaran tapi apa yang sebenarnya dikatakan MAIS.


Shah Alam: Aktiviti yang dibawa dalam program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' yang diadakan Ahad lalu di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya, tidak seperti yang digambarkan oleh penganjur dalam surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata beliau ada menerima cadangan mengadakan program itu dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan seorang daripada wakil penganjur.

"Saya difahamkan niat atau objektif penganjur program adalah untuk memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan kedudukan anjing dari segi perspektif Islam.

"Program ini juga meliputi latihan amali bagaimana hendak melaksanakan penyucian jika terkena atau tersentuh anjing. Mengambil kira objektif yang digariskan oleh penganjur, saya telah berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan program berkenaan kepada beliau," katanya.

Mohamad Adzib berkata, dalam surat bertarikh 3 Oktober itu, penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya, penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan; kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing; kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan haiwan itu dan kaedah sertu serta penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.

Beliau berkata, Mufti Selangor, dalam surat bertarikh 9 Oktober lalu, pula menerangkan walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada kepada manusia, Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah dan anjing itu kering, dan sebaliknya.

"Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah). Tetapi jika kedua-duanya kering, tidaklah dianggap najis.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, ia hendaklah ditambat di luar rumah untuk mengelakkan kita terlibat dengan najisnya.

"Perlakuan memegang, memeluk dan mencium oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari berkenaan amatlah dikesali kerana perlakuan itu bertentangan dengan hukum syarak," katanya.

Lihat komen mufti yang di cc surat, berikut:



Ustaz yang terlibat pun komen:

8:49PM Oct 21, 2014

Seorang pendakwah yang muncul dalam acara kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu kesal dengan tindakan peserta yang bermesra dengan haiwan dalam program tersebut.

Mohd Iqbal Parjin melalui kenyataannya di Facebook berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan memeluk dan mencium anjing.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta program.

"Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu," kenyataannya dipetik.

Mohd Iqbal muncul dalam satu program dialog yang diadakan serentak dengan acara berkenaan, di tapak parkir sebuah pusat membeli-belah yang menarik kehadiran ratusan pengunjung.

Acara itu mula mencetuskan perbincangan apabila gambar hadirin beragama Islam merangkul, mengusap dan bermesra dengan anjing pada majlis itu dimuat naik di laman sosial.

Mengimbau acara itu, Mohd Iqbal turut menyalahkan dirinya sendiri turut terlibat memberikan gambaran bahawa penganut Islam digalakkan untuk bermesra dengan anjing.

"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.

"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," katanya lagi.

Mohd Iqbal turut kesal dengan liputan sebahagian media yang menurutnya hanya menyiarkan separuh daripada ucapannya.

"Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya.

"(Ia) seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media," katanya.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada orang awam di atas kekeliruan yang timbul daripada ceramahnya pada majlis itu.

"Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku.




 ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari


Dengar apa yang dilapor dan editkan Malaysiakini SINI 

No comments:

Post a Comment