Sunday, October 26, 2014

Pengaruh PASMA untuk menekan PAS kuat di Terengganu



Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.


"PAS berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan PasMa ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (PasMa) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya, hari ini.


Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.


Atory turut berpendapat penubuhan PasMa merupakan 'langkah' yang diambil PKR untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.


"(PKR) menggunakan PasMa ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.

Petikan dari Celah Gelegar SINI

No comments:

Post a Comment