Friday, October 17, 2014

PENIPU, HIPOKRIT!!! PR putarbelit, tuntut dakwa Brahim Ali, tapi BC tentang Akta Hasutan?


Dato Ibrahim hanya kata jangan dibuang bible ketika berucap sebelum PRU13 di Permatang Pauh.

Ketika itu, panas tentang isu pendakwah kristian beri bible kepada pelajar di luar sekolah menengah.

Sebagaimana cara orang melayu tidak buang quran buruk, Ibrahim cadangkan ianya dibakar dari jadi sensitif jika dibuang ke tong sampah.

Tapi mereka putarbelit dan gunakan pembohongan untuk tuntut Ibrahim Ali didakwa bawah hasutan.

Dato Zul Nordin.lihat satu hipokrasi pula .....

WALK - 2 - PENJARA
(Entri terbaru dipetik drpd zul4kulim.blogspot.com)

Salam 2 all.

Saya mencabar Bar Council dan penyokong pro pembangkang dan kumpulan extremis liberal yang ditaja dengan dana asing - make up your mind!

Mereka mengadakan bantahan dan demonstrasi termasuk Walk-4-Freedom untuk mendesak supaya Akta Hasutan dihapuskan!

Tetapi diwaktu yang sama, mereka mendesak supaya Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan kononnya atas dakwaan Datuk Ibrahim Ali mahu membakar bibel kristian versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah!

Dan mereka juga mendesak Abdullah Zaik Presiden ISMA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan konon kerana menghina kaum Cina!

Tetapi bila penyokong mereka Aziz Bari dan Azmi Shahrom dikenakan tindakan, mereka dakwa Akta Hasutan undang-undang drakonian dan mesti dihapuskan!

Mana yang satu yang kamu mahu?

Apakah apabila Akta Hasutan kena batang hidung kamu, segera kamu minta ianya dihapuskan; tetapi bila ianya menguntungkan kamu dari segi politik, kamu pula mendesak Akta Hasutan digunakan?

Inilah amalan politik dualam cakap tak serupa bikin dan putar belit politik mainan pembangkang!

Ini adalah politik hipokrit tahap gaban, atau lebih dikenali sebagai POLUT - Politik Luar Tabie!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Zul-Hijjah 1435
17 Okt 2014

No comments:

Post a Comment