Monday, October 20, 2014

Dah patut Majlis Peguam dimansuhkan


Nampaknya Majlis Peguam bukan lagi mahu amal undang-undang tapi mahu gubal undang-undang.

Ini bermakna mereka lebih berminat mahu jadi ahli politik atau berpolitik dari menjadi menjadi badan profesyenal untuk profesyen peguam.


Hari itu mahu Akta Penerbitan dan percetakan dimansuhkan. Lagi gila mahu Akta Pencegahan Dadah dimansuhkan. Sekarang pula Akta OSA.

Mereka seolah-olah mahu supaya tiada undang-undang dalam Malaysia. Kalau begitu, elok saja jika Majlis Peguam itu dimansuhkan atau dibenarkan mereka saja sebagai badan profesyenal untuk profesyen guaman.

Pinda AKta Paguam supaya badan iktiraf lain untuk peguam dibenarkan tertubuh sebagaimana akauntan ada banyak badan-badan accredition dan jaga standard piawaian profesyen.

Dengan tiada perlunya majlis peguam dibayar yuran dan mereka tak boleh terima wang darii sumber lain, barulah mereka bersikap lebih profesyenal.

No comments:

Post a Comment