Monday, October 20, 2014

Sampai IPTA dikurangkan peruntukan, Dong Zong boleh kata tak cukup?


Too little? Itu nasib kerajaan baik hati  nak bagi. Kalau mereka kata too little dan tak mahu, eloklah kerajaan ambil balik. Lebih perlu diberi sekolah SAR dan pondok yang dalam keadaan daif tapi lebih berhak dari kedudkan dalam perlembagaan berbanding sekolah vernakular.

Kenapa perlu Kementeriaan Pendidikan berikan RM50 juta pada tahap RM42,000 setiap sekolah dan SJKT 30 million pada kadar RM75,000 setiap sekolah. Apa rational jika sekolah-sekolah pondok dan SAR lebih rendah kadar?

Sesiapa tak akan puas hati jika ada orang lain diberi keistimewaan.


Dalam mengutamakan sekolah SRJKC yang mana cina pun tak kasi undi pada BN, IPTA kerajaan kini tidak mendapat dana. Semua IPTA dikehendaki cari sumber wang masing-masing tapi tak boleh naikkan yuran.

Pelajar bakal dikehendaki merasai beban ini. Majoriti pelajar di IPTA adalah Melayu. Tapi bukan bukan Melayu juga dapat lebih 70% duit PTPTN tapi wang itu mengalirkan IPTS.

Adakah dasar kini seperti tidak lagi mempertahankan hak dan keistimewaan ini atas apa jua sebab dan keadaan. Mampukah Bumiputera hadapai ini?

No comments:

Post a Comment