Friday, October 24, 2014

Renungan buat sambut Maal Hijrah 1436


MALAYSIA TANAH AIRKU.. MENGAPA SAMPAI BEGINI JADINYA...

SOALAN :
Mengapa Agama Kristian berkembang dengan pesatnya di negara ini manakala Agama Islam semakin dijauhi dan ditakuti ???

JAWAPAN :
1. Orang Islam menjual
/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

2. Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3.Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

3. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

4. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

5. Air zam zam dijual dengan harga yang mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

6. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.

7. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan, membantu golongan miskin, kurang upaya dan mangsa bencana.

8. Ustaz-ustaz sibuk jadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital merawati dan mendampingi pesakit.

9. Orang Islam sibuk dengan impian memiliki rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri mengejar gaya,mutu dan keunggulan hidup.Tetapi orang Kristian sibuk dan gigih berdakwah menarik hati orang Islam yang tidak punya harta kepada Agama Kristian serta mengambil berat akan kesusahan dan penderitaan yang mrk alami.

Sahabat-sahabat sekelian... Renung-renungkanlah. Jadikan ini sebagai muhasabah diri sempena Muharram 1436 H dengan   
masing-masing diri melihat apakah kekuatan yang ia dimiliki untuk membela dan mempertahankan Agama Islam yang suci ini.

No comments:

Post a Comment