Tuesday, October 28, 2014

Anwar masuk kandang sebab tak mahu jadi saksi dalam kandang


Ada beberapa isu yang cuba ditimbulkan N Surendran tapi semuanya cerita sama yang sudah diulang di Mahkamah Tinggi dan Rayuan.

Namun ada satu isu yang agak menarik kerana ada insiden Surendran ditegur kaw kaw oleh Hakim Tun Arifin Zakaria. Ia berkenaan tindakan Anwar yang enggan jadi saksi dalam kandang tapi memberi kenyataan dalam kandang.

Kata hakim, adalah amalan di semua Mahkamah Komonwel untuk tertuduh pertahankan diri sebagai saksi dalam kandang saksi. Dengan memberi saksi dalam kandang, kenyataan saksi yang telah melalui proses soal balas dan debat maka bolehlah diterima sebagai bukti.

Surendran meminta sidang Hakim Mahkamah Persekutuan untuk ambilkira kenyatan Anwar di luar kandang. Lalu dia ditegur kerana tidak menasihatkan anak guam supaya beri kenyataan dalam kandang. Kenyataannya diluatr kandang tidak disoalsiasat dan diteliti maka iany atidak mempunyai sebarang makna langsung.


Tambah lagi, Anwar hanya memberi kenyataan yang menuduh kerajaan konspirasi tapi kenyataannya tidak dapat disoalperiksa oleh pendakwaraya akan validity dan kesahihan kenyataannya.

Berdasarkan rekod rasmi mahkamah, Anwar tidak pernah menafikan dia meliwat Saiful.

Dipercayai Mahkamah Rayuan membuat keputusan Anwar bersalah kerana Anwar tidak pertahankan dirinya sebagai saksi dalam kandang!!! 

Esuk Surendran kaki wayang ini akan memberi hujah lagi.


No comments:

Post a Comment