Tuesday, October 21, 2014

Anwar kata, "SAYA IKUT UNDANG-UNDANG"? Ada campurtangan? Bebas?


Demikian kata Anwar Ibrahim. Mengikut Malaysian Insider di SINI, mereka melaporkan Anwar berkata:
"There is no need to pray that I will not be imprisoned. I believe in the law, and according to the law, I should not be jailed.

"Why should my appeal not succeed? There are no facts or evidence so what is the basis for finding me guilty?"

Anwar yakin dia tidak akan didapati bersalah. Memetik dari Bulletin Sengal ...

Anwar Ibrahim gagal menerima hakikat bahawa dia sebenarnya tidak mampu menghidangkan bukti untuk menafikan perbuatannya meliwat bekas pembantu peribadinya. Anwar Ibrahim sebaliknya sekadar bermain-main dengan retorik, sebagaimana yang dilakukannya ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan kali pertamanya di Mahkamah Tinggi dari tahun 2008 sehingga 2012.

Anwar Ibrahim ketika diberi peluang membela diri, memilih untuk berucap dengan penuh berapi-api dan mengaitkan pelbagai pakatan jahat yang dilakukan ke atasnya tanpa mengeluarkan sebarang bukti pun. Dia berucap seolah-olah berada di pentas politik, bukannya di kandang orang salah di mahkamah.

Selepas berusaha berkali-kali untuk mengenepikan Shafie Abdullah daripada menjadi Pendakwaraya dan gagal, Anwar Ibrahim kini memperkatakan yang mahkamah akan berpihak kepadanya kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan dia bersalah.

Menariknya segala bukti yang telah mensabitkan kesalahannya menyebabkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, tidak dapat diterima oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya seperti biasa, dia menyalahkan pelbagai konspirasi yang tidak masuk akal.

Gagal mendapat sokongan daripada dua kerajaan luar yang selama ini menyokongnya - Amerika Syarikat dan Australia - Anwar sekadar mampu bercakap di hadapan wartawan-wartawan asing dan kembali memperkatakan tentang konspirasi fitnah yang dikenakan ke atasnya tanpa dia dapat mengenepikan langsung bukti-bukti yang dihadirkan sewaktu perbicaraan....

Baca sepenuh SINI

Biar kita dengar sendiri kata-kata Anwar berikut:


Hehehe ... Anwar menentang Israel dan bela Gaza?

Biar kita cuba faham apa yang Anwar kata sebagai "keputusan rakyat." Bila pula menghakim ikut kehendak rakyat? Fahamkah rakyat kebanyakkan akan undang-undang?

Beringatlah Anwar bahawa ini semua keputusan Allah, tuhan yang esa. 

Gelagat Anwar SINI mengisahkan ada pula campuirtangan untuk bebaskan Anwar? Apa pandangan Azri? 

Campurtangan Kerajaan Bakal Bebaskan Anwar Ibrahim Dari Jenayah Liwat?

Tidak ada niat untuk saya mencampuri ataupun memberikan tekanan kepada Mahkamah berhubung perbicaraan kes Liwat Dato Seri Anwar bin Ibrahim. Namun setiap gerak geri kes liwat ini saya ikuti dan perhatikan semenjak ianya mula-mula dibicarakan dimahkamah tinggi jalan Duta.

Dato Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan memberikan alasan bahawa "Perubahan berlaku kepada plastik bag yang mengandungi sampel DNA".

Apabila keputusan Hakim ini dibacakan pada tanggal 9 Januari 2012 ramai yang terkejut kerana alasan Yang Arif Hakim dengan membebaskan tertuduh Anwar Ibrahim adalah kerana "Plastik Bag" dan bukannya kepada sampel DNA milik Anwar Ibrahim. Malah Yang Arif Hakim sendiri telah mengarahkan Anwar Ibrahim membela diri dari pertuduhan liwat tersebut beberapa bulan sebelum keputusan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dibuat.

Kita juga tidak boleh melupakan apabila tertuduh Anwar Ibrahim memohon kepada mahkamah untuk diadakan perbicaraan tertutup ketika mangsa liwat Saiful Bukhari memberikan keterangannya dan juga tertuduh yang enggan mengangkat sumpah ketika memberikan keterangan dalam pembelaan diri dalam kes liwat itu. Malah sepanjang perbicaraan tersebut peguam tertuduh mendiang Karpal Singh tidak sekalipun membantah atau mempertikaikan ketulenan DNA Anwar Ibrahim yang ditemui dalam dubur mangsa liwat. Ini semua telah meletakkan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi seolah olah ada tangan ghaib yang masuk campur dengan membebaskan Anwar Ibrahim.

Itu sebelum Pilihanraya ke 13. Namun selepas PRU13 Mahkamah Rayuan yang bersidang memutuskan Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim dikenakan penjara selama 5 tahun atas jenayah liwat yang dilakukannya.

Keputusan hakim mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014: Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.

"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.

"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."

"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.

"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa,"

Dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan maka pesalah liwat Anwar Ibrahim telah memohon untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan dan setelah tertangguh beberapa kali maka 28 &29 oktober ini ianya akan didengar dan keputusan akan dibuat oleh 5 orang panel Yang Arif Hakim sama ada membebaskan Anwar Ibrahim ataupun mengekalkan sabitan 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat.

Dalam proses ini saya cukup khuatir bahawa keadilan untuk mangsa liwat Saiful bukhari akan dinafikan haknya.   Sudah kuat kedengaran dari sumber rapat bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari jenayah liwat yang dilakukannya. Tekanan demi tekanan juga dilihat semakin memuncak dan adalah menjadi tanggungjawap saya selaku rakyat Malaysia mahukan keadilan yang adil tanpa prejudis dan subjudis bagi kes liwat ini.

Sudah banyak tekanan yang dibuat oleh pesalah liwat, sudah acap kali gerombolan pengikutnya melakukan tekanan kepada pihak mahkamah untuk membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim. Malah sekarang ini pengikut mereka berkempen diluar negara bagi mendapatkan sokongan dan seterusnya memberikan tekanan kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pesalah liwat.

Persoalan sekarang yang membelengu minda saya apakah kerajaan juga melakukan tekanan kepada pihak mahkamah untuk membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim? Adakah mahkamah persekutuan akan bebas dari sebarang pengaruh luar mahupun tekanan dalam mengadili kes liwat ini? Adakah kerajaan Malaysia menerima ugutan dari pihak luar negara untuk membebaskan Anwar Ibrahim?

Saya berharap agar kerajaan usah ikut campur dalam kes liwat ini. Saya juga berharap kerajaan tidak perlu untuk tunduk pada tekanan dari pihak luar mahupun Anwar Ibrahim sendiri. Rakyat memerhati dan rakyat yang ada hari ini sudah celik mindanya dan tidak lagi bodoh untuk dikaburi mata dan minda mereka dengan aksi lakonan splastik yang dibuat-buat.

"Air mani Dato Seri Anwar Ibrahim dalam dubur Saiful Bukhari, adakah begitu bodoh untuk membebaskan pesalah seks luar tabii kerana takut dengan tekanan yang dibuat?"

Adakah saya menghina mahkamah? Saya rasa Dato Seri Anwar Ibrahim dan gerombolannya sudah berpuluh kali menghina mahkamah malah menyerang Yang Arif Hakim dan setakat ini belum pernah dikenakan apa apa tindakan atas penghinaan yang dibuat.

Sir Azri
"It's Time To Be Brave"

No comments:

Post a Comment