Sunday, October 19, 2014

Zairil, Dyana tak nafi... tapi hp hilang, salahkan UMNO


Mungkin gambar di atas betul tetapi melalui cara psywar RBA, ia sengaja didiarkan untuk selamatkan fus perdonaliyi mereka dan lantunkan balik kepada UMNO BN. 

Blogger pro UMNO hanya tahu membuka pekung pemimpin yang tidak sealiran dengan mereka. 

RBA buat FAKE ACCOUNT dan upload gambar betul. Kemudian tuduh UMNO BN dan kata UMNO BN takde isu lain. Pastinya akan disebut HP hilang atsu kena hack DLL.

Akan ada yang merasa "kesian Melayu2 DAP yang suci kena taji dengan UMNO BN". Turut juga yang kata, "Teruknya UMNO BN ni. Macam tidak ada cerita lain yang nak dipromo? Asal Melayu masuk DAP akan kena fitnah".

Maka, rakyat pun simpati pada Melayu DAP dan ramai orang muda masuk DAP.

Tiada yang sedar, Zairil dan Dyana tidak menagikan ....


PULAU PINANG 19 Okt. – Beberapa laman blog hari ini menyiarkan gambar kemesraan antara Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dengan bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Rakaman gambar itu dipetik daripada laman sosial Facebook yang menggunakan nama serta wajah Zairil Khir yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, akaun Facebook itu yang memuatkan sebanyak 13 gambar `kemesraan’ antara Zairil Khir dengan Dyana Sofya yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dipercayai palsu.

Antara blog yang memuat naik gambar-gambar `kemesraan’ Zairil Khir dan Dyana Sofya itu adalah Badut Rakyat di http://badutrakyat.blogspot.com; SangKalaJari9 di http://sangkakalajari9.blogspot.com dan TheFlyingKick di http://theflyingkick.blogspot.com.

Dalam pada itu, Zairil Khir yang dihubungi Utusan Malaysia langsung tidak menafikan gambar-gambar kemesraan antara beliau dengan Dyana Sofya seperti yang tersebar secara meluas di laman sosial tersebut.

Sebaliknya ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyifatkan `politik longkang di Malaysia semakin teruk’.

Malah, Zairil Khir juga tidak memberikan jawapan ketika ditanya sama ada mahu menafikan beliau merupakan individu di dalam gambar yang tersebar itu atau sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang.

Sebaliknya beliau berkata, ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa politik `longkang’ dan perkara itu berlaku disebabkan tiada isu lain yang boleh dibangkitkan.

“Telefon saya dulu pun pernah digodam,” katanya.

No comments:

Post a Comment