Wednesday, October 29, 2014

Hujah Gopal Sri Ram mengecewakan pemerhati


Gopal semalam menyampaikan hujahnya dengan mencabar kewibawaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi utama. Dengan hujah yang amat mengecewakan hanya bergantung kepada gambar Saiful, KY Jelly dan tiada kesan air mani Anwar pada karpet di kondominium tersebut.

Kewujudan pelincir KY Jelly dan bahawa gambar Saiful tidak murung semasa menghidang sarapan kepada Anwar adalah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.


Diakhir hujah Gopal memempertikaikan keterangan Saiful mengenai liwat secara rela atau bukan secara rela.

"Saiful memberi keterangan bahawa kes liwat yang dikatakan berlaku itu bukan secara rela tetapi perayu didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukan Seksyen 377c (Kanun Keseksaan)," katanya.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan: “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.“

Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan: “Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.“


Gopal hanya mahu kesilapan teknik berlaku dalam mendakwa Anwar Ibrahim dan seterusnya memohon mahkamah menggugurkan kes tersebut.
Baca sepnuh di Sg Rapat Online SINI

No comments:

Post a Comment