Wednesday, October 1, 2014

Guan Eng CUAI??? Lupa sign writ saman terhadap Tantawi!!!



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah membatalkan Writ Saman yg difailkan oleh Lim Guan Eng DAP terhadap Nasrudin Hassan Tantawi PAS.
Perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Puan Rashidah Bt Baharom - Penolong Kanan Pendaftar, disebabkan kegagalan Peguam LGE untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yg menjadikan dokumen tersebut tidak sah utk didaftarkan di Mahkamah.

Peguam LGE cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yg cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan Writ Saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada LGE untuk memfailkan semula.

LGE diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi diwakili oleh Peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud - MT
Kita berasa pelik apabila Lim Gun Eng DAP yang banyak pengalaman kerana beberapa kali menyaman pihak lain tetapi kali ini writ saman terbatal hanya kerana 'writ itu gagal untuk ditandatangani'!

Apakah ianya tak sengaja atau disengajakan oleh pihak Lim Guan Eng DAP?

Baca sepenuh di MiM SINI

No comments:

Post a Comment