Wednesday, October 1, 2014

Guan Eng bolayan PAS, cuma jumpa orang gaji Mat Sabu ... Tahaluf siyasi?


Sebaik saja PAS Pulau Pinang mengkritik Lim Guan Eng tentang pemecatan Iszuree Ibrahim, Lim Guan Eng hanya terus dengan peel buat helah. Setiausaha Politik LGE, Wong Hon Wai berkata Iszuree diberi banyak peluang untuk jawab kritikan terhadapnya sebelum dipecat. [Baca di FMT SINI]

Sebelum itu, Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu. Opps bukan Melayu tapi kampong Muslim... hehehe


Langsung kritikan oleh Iszuree di Muktamar PAS.

Selama satu tahun, PAS tidak diberikan ruang untuk bertemu dan bincang mengenai perobohan kampong-kampong Melayu. Dah lama kata DAP ini cauvanis cina tapi PAS masih nak bertahaluf dan mangkok seperti Hanipa Maidin masih percaya pada DAP. [Baca di Mkini SINI]

Ini yang mungkin membuat Nik ABduh menulis kata PAS macam sentiasa dibuli. Ada pula kata baru sedar Guan ENg bukan Khalifah Omar Abdul Aziz [Baca Mkini SINI]. Namun ada apologis masih kata tiada sebab PAS perlu rasa terasing. Ada saja alasan untuk pertahankan PKR dan DAP. [Baca Mkini SINI]

PAS perlu terima hakikat bahawa bukan saja UMNO tapi kini PKR dan DAP kata PAS tiada kebolehan mentadbir. [Baca TMI SINI]

Takpalah, DAP dah sedia nak jumpa PAS hari ini untuk selesaikan salahfaham. Nik Aziz pun suruh bertenang. [Baca TMI SINI]. Cuma Guan Eng bukan nak jumpa PAS tapi hanya nak jumpa orang gaji DAP dalam PAS yang telah digajikan RM50 ribu sebulan.

Dia hanya layan Mat Sabu yang mudah dikow tim dan diarah-arah. Asal disebut Bang Mat ... cair. Baca FMT SINI.

Kikiki ... tahaluf siyasi... takbir!!!

No comments:

Post a Comment