Tuesday, October 14, 2014

Walaupun takut hadapi Shafee, Anwar tiada pilihan dan alasan lagi


Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Tan Sri Dr Mohd Shafie Abdulah dari  mengetuai barisan rayuan pendakwaan Kes liwat 2 yang melibatkan Anwar.

Prosiding hari ini diadakan bagi mendengar permohonan kali keempat perayu untuk mengenepikan Shafie. Anwar nak semakin terdesak menjelang perbicaraan Kes Rayuan Pendakwaan Liwat 2 yang akan diadakan pada 28 dan 29 Okt 2014 memandangkan barisan peguamnnya tidak mampu menandingi kehebatan Shafie tanpa Karpal SIngh.

Sebaik sahaja mahkamah bersidang, Tommy Thomas memulakan penghujahan dengan menyatakan permohonan perayu hari ini akan berasaskan kepada 2 isu iaitu isu konflik kepentingan yang melibat Shafie dengan Peg Penyiasat Kes Liwat 2 DSAI, Jude Pereira dan isu tatatertib Shafie sehingga dijatuhi hukuman denda RM 500.00 oleh Mahkamah Tinggi.

Shafie dikatakan tidak layak mengetuai barisan pendakwaan berasaskan penglibatnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya SUHAKAM dimana suruhanjaya tersebut telah memutuskan Jude bukanlah seorang saksi yg boleh dipercayai.

Shafie dikatakan pernah dikenakan tindakan tata tertib oleh lembaga tatatertib peguambela dan peguamcara kerana melanggar peraturan profesyen undang undang ( publisiti ) sehingga didapati bersalah dan denda RM500 pada 5 OKT 2012.




Dalam menjawab hujah tersebut, Shafie menegaskan pihak perayu telah gagal dalam hujahan dan ianya tidak berkaitan dengan notis usul yang dikemukan hari ini. Notis usul adalah pihak perayu mempertikaikan perlantikannya sebagai DPP oleh AG bukanya kredibilitinya sepertimana yg dihujahkan hari ini.

Menjawab soalan Hakim berkaitan isu melibatkan kredibiliti Jude, dia menyatakan perkara tersebut bukanlah isu yg besar memandangkan Mahkamah membuat keputusan bukannya berasaskan keterangan seorang saksi sahaja dan mahkamah tersebut membebaskan ANwar.

Prosiding kali ini diperingkat semakan penghakiman dan buknannya diperingkat perbicaraan. Diperingkat ini tidak timbul sebarang isu melibatkan keterangan Jude.

Mahkamah dianggotai oleh 5 panel hakim iatu: Tun ARIFFIN bin ZAKARIA-Ketua Hakim, Tan Sri MD RAUS bin SHERIFF- Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri SURIYADI HALIM bin OMAR, Tan Sri -AHMAD bin MAAROP dan Dato Seri ABU SAMAH bin NORDIN.


Sementara itu, ANwar sedang cyba untuk melengahkan rayuan kes pada Oktober 27 dan 28 dengan peguam utama, Sulaiman Abdullah meminta cuti tiga bulan.

Jika ini dilayan, Mahkamah telah menafikan hak mangsa untuk mmendapatkan keadilan. Anwar ada ramai peguam lain dalam pasukan belanya ddan telah diberi peluang membela diri dengan secukunya.

Jika bbenar Sulaiman memohon 3 bulan cuti, ini bermakna dia tidak layak untuk menjadi peguam dan patut undur diri. Berdasarkan Rule 6 & Rule 24 of Legal Profession (Practice & Etiquette) Rule 1978, "an advocate shall not accept brief if unable to appear and instead must be ready for the day fixed for trial".

Difahamkan SUlaiman telah ambil cuti tiga bulan dan ianya tamat minggu lepas.

No comments:

Post a Comment