Wednesday, October 15, 2014

Mat Sabu larang Pasma? Kekang Mujahid/Husam?


Kalau tidak disilap, Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu diberi jawatan untuk mengetuai Pasma Pulau Pinang. Manakala Mujahid Yusof Rawa memegang jawatan Naib Presiden Pasma.

Adakah ini menjadi sebab musabab Mat Sabu halang ahli Pas Pulau Pinang sertai Pasma?

Baca kenyataan Mat Sabu berikut:

PAS Pulau Pinang menggesa seluruh ahli parti agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran PasMa sebagaimana yang telah diarahkan oleh Majlis Syura. Sebagai sabuah badan tertinggi Parti, Majlis Syura bertanggungjawab memelihara keaslian jamaah dari anasir yang boleh merosakkan parti.

PasMa yang ditubuhkan atas matlamat kebajikan, kini telah jauh menyimpang dari tujuan asal. Sebagai sabuah antiti NGO parti, sepatutnya ia fokus kepada soal kebajikan ahli dan anggota masyarakat. Bukan mengadakan majlis bagi mempertikaikan Presiden dan Majlis Syura atau keputusan parti. 

Apa erti kita berada dalam parti lalu mengadakan majlis bagi mempertikai kepimpinan parti, mempersoal perkara yang telah diputus oleh jamaah termasuk dasar dan perlembagaan parti.

Sehubungan arahan tersebut yang bertujuan agar tiada jamaah dalam jamaah, atau tiada parti dalam parti, sehingga wujud pelbagai masalah dalaman parti sekiranya fenomena ini tidak dibendung, ia akan mengundang kekeliruan dan pra sangka buruk ahli kepada kepimpinan parti. PAS Pulau Pinang akan memantau secara dekat sebarang aktiviti yang boleh merosakkan jamaah ini.

PAS mempunyai saluran bagi menyatakan sikap dan pandangan. Perbezaan pandangan dirai dalam ruang yang ada, bukan menambah kekeliruan dengan pelbagai kritikan yang tidak berasas serta tidak menguntungkan jamaah.

Kepada Allah kita bertawwakal.

Mohamad Bin Sabu
Pesuruhjaya PAS Pulau pinang.

13hb Okt 2014.

---------------------------

Ini perkembangan politik dalaman PAS yang menarik sebab di Penang, Mat Sabu Pesuruhjaya dan Mujahid Timbalan.

Mat Sabu ni mudah dibeli Lim Guan Eng mahu pun Anwar Ibrahim. Takkan dah lompat ke kumpulan Ulamak?

Ulamak beli Mat Sabu kot????

Dari segi percaturan politik, Pasma nampaknya bakal menawarkan Husam sebagai Presiden PAS baru. Itu yang Mat tak berkenan ....

No comments:

Post a Comment