Tuesday, October 7, 2014

DAP bohong kata CEC diiktiraf tapi kenapa ROS tarikbalik tindakan mahkamah?


Penafian pihak ROS dalam mengiktiraf  CEC DAP Pusat jelas menunjukkan bahawa pihak DAP telah mempergunakan mahkamah dalam membohongi ahli-ahli parti dan rakyat negara ini.

Kita percaya rakyat amat terkejut dengan kenyataan rasmi pihak ROS yang masih lagi belum dan tidak pada bila-bila masa pun mengiktiraf pemegang jawatan CEC DAP Pusat  berkenaan". 

Persoalan serius yang timbul sekarang ini ialah bagaimana kes semakan kehakiman berkenaan boleh ditarik balik dan direkodkan dihadapan hakim dengan kehadiran dan persetujuan peguam kanan persekutuan yang bertindak mewakili pihak ros sedangkan agensi berkenaan tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam memberikan pengiktirafan berkenaan?

Justeru itu Pejabat Peguam Negara didesak memberikan penjelasan rasmi tentang kesahihan kes berkenaan dan apakah pihak mereka telah mendapat arahan daripada pihak ROS terlebih dahulu dalam mengiktiraf CEC DAP yang dipilih pada 29.9.2013 lalu sehingga menyebabkan pihak peguam DAP bersetuju untuk menarik dan membatalkan kes tersebut.

Kenyataan rasmi ROS melalui Timbalan Ketua Pengarahnya yang tertanya-tanya bagaimana parti DAP boleh memberikan kenyataan bahawa agensi berkenaan telah mengiktiraf CEC DAP kepada mahkamah tanpa pengetahuan dan arahan pihak ROS adalah amat serius dan perlu disiasat oleh pihak polis sekiranya ada aduan dibuat.

Difahamkan Lim Kit Siang dan Theresa Kok adalah diantara individu yang hadir dimahkamah semasa kes berkenaan direkodkan dan ini menunjukkan bahawa mereka berdua mempunyai pengetahuan tentang kes berkenaan dan turut bersetuju keatas tindakan yg telah diambil oleh peguam mereka.

Dalam isu berkenaan Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam DAP dilihat telah bertindak dalam mengeluarkan satu kenyataan media berbentuk provikasi yang melampau sehingga menjatuhkan reputasi dan intergriti pihak ROS malah sebagai pengamal undang-undang perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Apakah muslihat sebenar DAP selain memperlekehkan undang-undang dan sekarang ini mempergunakan mahkamah dalam menyokong kemungkaran demi mempertahankan maruah parti dap?

Secara rasionalnya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan harus dipersalahkan dan perlu bertanggung jawap sepenuhnya dalam isu berkenaan dan jangan membisu seperti tongkol kayu.

Oleh yang demikian pihak ROS didesak supaya segerakan menyiasat semua aduan-aduan oleh ahli dan bekas pemimpin parti berkenaan yang telah dibuat hampir setahun yang lalu.

Aduan mengenai 120 cawangan yang tidak berdaftar yang juga turut menjurus kepada undi haram pada pemilihan 29.9.2013 lalu harus dijadi sebagai asas utama bahan kes. Iannya bukan sahaja melibatkan soal cawangan tidak sah malah mengandungi unsur kutipan wang haram melalui yuran ahli .

P/S CEC DAP menipu dan tak settle tapi nak sibuk di Hong Kong pula. Tak akan mengubah sejarah DAP ikut permainan subversif dan kerjasama dengan komunis.

Baca Panglima Perang Cyber SINI

No comments:

Post a Comment