Thursday, August 14, 2014

Untuk KIPAS jadi MB, KETUM rancang rampas kuasa Sultan!!!


Sebelum ini, satu kerja tak masuk akal di buat. KETUM menulis kepada DYMM Sultan Selangor memohon untuk mengadap Sultan. Kalau KIPAS nak ngadap, KIPAS lah buat surat sendiri dan minta mengadap. Lagi pun jawatan KETUM tiada peruntukan dan kedudkan rasmi dalam parti. Sultan tahu dia tidak ada locus standi.

Nampak sangat KIPAS hanya boneka dan ini pasti tak menyakinkan Tuanku untuk lantik MB negerinya yang tidak berdaya membuat keputusan dan mentadbir negari dengan baik. 

Baru esuknya KIPAS kata mahu tulis untuk memohon untuk mengadap Sultan tapi dah lambat kerana Tuanku sudah berlepas ke London. Malah Tuanku lambatkan pemergiannya kerana mahu selesaikan isu MB dahulu.


KIPAS pun baru saja kononnya dapat sokongan 30 ADUN untuk sokong semalam. Dalam kenyataannya dia juga kata:
Oleh yang demikian, saya telah mengutus satu surat kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 1130 pagi ini untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.
Tunggulah Tuanku balik ... Khabar angin mengatakan Tuanku ke London untuk sedikit rawatan. Kalau betul, maknanya bila sesuai baru Tuanku balik.

Menurut prosedur dalam Undang-Undang Tubuh Negeri dan konvention sedia ada, DUN hanya berkuasa untuk buat undi tidak percaya terhadap MB tapi pemilihan dan perlantikan MB adalah kuasa perlembagaan Sultan.

Pihak yang majoriti iaitu DAP dan PKR + 2 harus kemukakan 3 nama untuk DYMM TUanku Sultan buat pilihan. Dalam pakatan yang dikatakan majoriti ini, sudah dipersetujui 3 nama akan datang dari PKR. Hantar lah ...

Tapi Tuanku berhak menolak cadangan dan meminta cadangan lain hingga ketemui cadangan yang dilihat sesuai pada Tuanku.


Hal ini telah disebutkan oleh Haji Hadi kepada KETUM dalam pertemuan panas di Kuala Terengganu baru-baru ini bahwa PAS tidak mahu KIPAS dan PAS sedia sokong pilihan lain. Sebagai rakan kongsi kuasa, PAS ada hak untuk menyuarakan pilihan dan sesama rakan kongsi mesti ada konsensus dan bukan paksa-paksa atau majoriti paksa minoriti.

Haji Hadi ada hak sebagai Presiden untuk membuat tuntutan demikian untuk partinya. Iany ajuga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Nampaknya KIPAS sudah melakukan sesuatu yang melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Mungkin dia tidak tahu sebab dia bukan anak jati Selangor dan lahir di Singapura dari ibu  kandung bangsa Korea di Singapura dan diambil menjadi anak oleh ibu bapa angkat dari Kedah.


KIPAS dan rakannya mahu memaksa dirinya dipilih dan dilantik menjadi MB. Selari dengan usah aitu, dia menggunakan ejen-ejen kiri untuk menuntut Sultan melepaskan hak untuk memilih dan lantik untuk diserahkan kepada KETUM.


Mungkin dia rasakan tiada di Selangor yang sesuai jadi MB dan jawatan ini mungkin akan ke PAS. Kah kah kah ...
  
Untuk memberi justifikasi yang boleh diterima ramai dikatakan sebagai hak rakyat. Hakikatnya ia satu sikap derhaka yang menafikan kuasa Sultan dan dikuti kehendak mereka atau lain kata MERAMPAS KUASA SULTAN!!!


INi semua adalah KETUM PRODUCTION yang menggunakan puak-puak kiri, blogger dan portal berita kiri untuk bersuara


Dan kononnya ada gerakan ribbon hitam



Gerakan ini tidak lain dan tidak bukan hanya gerakan untuk melanggar kuasa Sultan dan meruntuhkan Institusi Raja Melayu. Ini adalah salah satu pelanggaran Akta Hasutan dan mereka yang terlibat perlu di dakwa bawah Akta Hasutan.

Elok juga ini membuka peluang untuk ISA dikembalikan. Tak kisahlah nak kasi nama apa tapi semangat ISA yang meliputi semua isu keselamatan seperti termaksub dalam artikel 140 Perlembagaan harus di kuat kuasa.

Masaalah yang bakal menimpa KETUM dan KIPAS adalah rakyat di bawah tak sokong.


PAS tidak sokong PKR dan PKR pun tak datang. Yang ada kelihatan untuk dengar hanyalah sedikit orang PAS. Bukan orang PKR di Sg Besar malam tadi dalam majlis anjuran Pengarah Trajedi RAFIZI.


Kalau keadaan jadi huru hara dan tak aman, lantaklah apa orang nak kata ... rakyat pun dah fed-up politik dan permainan kuasa KETUM yang tak habis-habis. Kebajikan rakyat tak dijaga ...


Bila gitu, lantaklah ... umum saja emergency!!!

No comments:

Post a Comment