Thursday, August 21, 2014

DAP mahu duit MB Inc Selangor untuk Impian Sarawak


Kelantangan PAS Sarawak dalam menyokong Khalid Ibrahim sangat terserlah apabila mereka mendapat tahu penglibatan DAP dalam isu MB Selangor sebenarnya adalah untuk menguasai GLC di Selangor.




Apabila dapat menguasai, maka sebahagian pendapatan GLC di Selangor dapat disalurkan untuk membantu kempen pilihanraya Negeri Sarawak yang diramal akan diadakan paling lewat tahun 2016.

Apa yang membimbangkan PAS ialah peruntukan tersebut tidak satu sen pun membantu PAS; malah DAP dan PKR berkomplot tidak mahu berkompromi dengan kerusi PAS di Sarawak. 



Memang patut PAS sedaya upaya menolak penglibatan DAP dalam urusan kerajaan Selangor.



Kami tidak hairan isu merebut jawatan MB Selangor ini berkait rapat dengan usaha DAP mengukuhkan kewangan bantuan kempen di Sarawak. Dan ini mungkin jawapan kenapa isu Kristian dan perkauman sudah mula disebarkan di Sarawak. 

Sesungguhnya DAP memerlukan peruntukan yang lebih untuk bergerak ke setiap kawasan pedalaman meracuni pemikiran penduduk di Sarawak.


No comments:

Post a Comment