Wednesday, August 27, 2014

Dari U turn, PAS buat S turn


PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.


"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.


"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.


Komen: Anwar Ibrahim ada menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan ia harus diperakui dan dihormati oleh semua parti didalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya Hadi macam dah termakan rasuah jawatan tinggi dalam Ulamak Sedunia yang mana disuspek Anwar guna pengaruh dengan yusof Qardawi untuk letakkan Hadi.

Hadi dipercayai sedia engkar arahan sultan yang telah memberitahu meminta setiap parti serahkan nama calon MB daripada parti masing-masing.

Perjumpaan melibatkan Iskandar Samad, Mustapha Ali dan Khalid Samad. ISkandar yang merupakan orang Hadi pun turut sama bersekongkol engkar Sultan.

Baca juga Bulletin Sengal SINI


Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man mahu DAP serta PKR menghormati keputusan PAS yang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru. Mereka diingatkan  supaya menyedari sumbangan PAS terhadap Pakatan dan mengakui kekuatan PAS sebagai pembangkang didalam negara.



ENtahlah mungkin kata-kata Khalid Samad el sesat menggerunkan Hadi.

Dia menyatakan mahu ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati segera meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Mereeka yang tidak bersetuju dengan Pakatan tidak diperlukan dan wajar dihalau keluar dari parti.

No comments:

Post a Comment