Tuesday, August 19, 2014

Anwar jual tanah Tropicana tapi TSKI dituduh?


Maklumat telah didedahkan kepada umum bahawa orang yang mendesak PNSB bagi power of attorney kepada Tropicana dalam kes jual tanah PNSB kepada Tropicana ialah PENASIHAT EKONOMI SELANGOR ketika itu. 

Patutlah Khalid Ibrahim sebagai MB marah sangat kepada Penasihat Ekonomi

MyMassa

Saifuddin Nasution telah membuat tuduhan terhadap Khalid:


Belantan ada melaporkan penafian Khalid SINI.

Tapi bila Khalid buat laporan SPRM supaya siasat dirinya, Saifuddin dah gelabah lalu tuduh Khalid dan SPRM bersekongkol dan macam-macam. Baca SINI.

Fahamlah kami kenapa dalam kronoloji Rafizi, tiada sebut tentang beli tanah Tropicana. Baca petikan dari FMT SINI, berikut:

Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut.

“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.

“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam.

Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya.

Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004, Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006.

“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13.

Pada 10 Mei 2007, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan saman terhadap Bank Islam apabila beliau diminta melunaskan baki hutang termasuk cukai.

“Anggaran hutang termasuk cukai beliau pada tahun 2006 adalah sebanyak RM70 juta,” jelas Rafizi.

Kata Rafizi lagi, ADUN Pelabuhan Klang itu pada Januari 2014 telah menggunakan khidmat orang tengah bagi menyelesaikan bebanan hutangnya, dipercayai seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno iaitu Tan Sri Rashid Manaf.

Malah, ia menimbulkan keraguan apabila Khalid dengan Bank Islam mencapai penyelesaian hutang di luar mahkamah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan, 12 Februari 2014.

“Pada mula Kajang Move itu adalah petanda bahawa kita akan menggantikan Khalid dan seawal 25 Januari kita sudah maklumkan bahawa kita berhasrat untuk menukar menteri besar,” katanya.
Jelasnya lagi, pada 12 Februari 2014, ia adalah kunci utama kepada semua perkara.

“Pada 12 Februari itu adalah dimana keputusan mahkamah persekutuan menyatakan sama ada Khalid perlu atau tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Bila Khalid sampai di mahkamah, hakim yang pertama telah membuat ‘summary judgement’.

Masa ko Rafizi ... hutang Khalid cuma RM6 juta dan Khalid boleh bayar sendiri.

No comments:

Post a Comment