Monday, August 25, 2014

Pengkalan Kubor: Nak ajar Rafizi, usah fikir macam kaldai



Khabar angin bertiup dari negeri Cik Siti Wan Kembang kencang memberitahu bahawa PAS ingin tanding di Pengkalan Kucor dan jadikan pertandingan menjadi tiga penjuru. Kalau demikian, eloklah ....

Namun begitu, ianya tidak bijak buat PAS. Amat tidak bijak untuk PAS.

Santau Berapi menulis berikut:

PAS tidak perlu kacau PRK DUN Pengkalan Kubur. Serahkan sahaja kepada PKR untuk bertanding di situ. Lagipun, sebarang keputusan kalau PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubur tidak akan memberikan sebarang perubahan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Begitu juga kalau hari ini, keputusan di Selangor ialah, DUN Selangor dibubarkan. PAS perlu meletakkan calon di semua tempat yang mempunyai pengundi campuran yang ditandingi oleh PKR sebelum ini. Dan yang lebih penting, PAS jangan sesekali menghulurkan bantuan kepada PKR termasuklah undi walau satu pun kepada mana-mana calon PKR.

Kalau perlu, boikot sahaja mana-mana calon PKR tanpa perlu kita mengundi calon UBN.


Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang masih gagal menjawab atau membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen Langkah Kajang walaupun dia cuba menafikannya serta menyatakan dokumen tersebut adalah palsu, benar-benar telah mencabar dan meremehkan bantuan serta pertolongan PAS kepada PKR selama ini.

Dengan mengajar PKR, bermakna kita juga akan mengajar DAP sekaligus memandangkan DAP sebenarnya yang berada di belakang PKR dan DAP jugalah yang menggunakan PKR untuk memperdayakan PAS dengan fantasi Pakatan Rakyat.

Sepenuh di SINI

Itulah pemikiran strategik. Layan sangat perasaan marah.

Tanpa jentera PAS dan Unit Amal, PKR is nothing. Gunakan Pengkalan Kubor untuk ajar PKR dan DAP!!!



No comments:

Post a Comment