Friday, August 22, 2014

Padan ada bekas Duta sibuk suruh orang balun Tun M

Bekas Duta US ke Malaysia yang merupakan penyokong Anwar Ibrahim


Ada seorang bekas duta dok talipon orang dan pemimpin sana sini untuk balun Tun M. Tapi dia sendiri tak mahu balun.

Akhirnya ada Menteri balun dia. Kau nyamun kiri kanan tapi bila defend boss ko suruh orang lain.  Dahlah dia nyamun duit PRU13. Memang haramjadah punya opportunis.

Kebanyakkan hanya kata sokong PM tapi masih hormat Tun M. Memang duta ini nak ampu boss hingga sanggup pecah belah parti. Kesian ada si juling seorang yang termakan cakap untuk balun anak dia pulak. Blog dia ni dah lari fokus akhir-akhir ini. Dah tak cun info dia sekarang ...

ENtahlah adakah Duta ini berperanan untuk menyempurnakan dendam Amerika Syarikat, Britain dan Israel?

Berikut tulisan The Flying Kick ...


Ramai yang tidak tahu “Dendam Amerika dan Britain” pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.

Bukan kita tidak tahu licik dan tegarnya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.

Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?

Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie ‘secara percuma’ yang dengan strategi ‘Dawn Raid 81’ hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.

Selepas kejayaan ‘merampas Gutrie’ itu Tun Mahathir terpaksa ‘mengajar Britain’ dengan polisi ‘Buy British Last’. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada ‘Look East Policy’. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah ‘kenderaan’ negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.

http://prihatin.net.my/v3/2014/08/17/lagenda-dawn-raid-1981-menggegarkan-negara/

Teruskan SINI

Harap Duta ini tidak terlibat tapi kalau nak pecah belahkan UMNO, bukankah dia membantu? Malah kalau ambil rasuah untuk kayakan diri pun membantu Israel merssakkan negara Islam yang paling progressif ini.

Fikirkan ...

Orang kata Melayu mudah lupa. Duta ini betul lupa jasa Tun M yang pernah beri dia peluang naik untuk jadi Menteri dengan portfolio utama dan diketepikan hingga digugurkan ketika zaman Pak Lah. Unspinners ingat ketika itu dia mengekor juga Tun M ke sana kemari ...

No comments:

Post a Comment