Thursday, August 21, 2014

Najib harus terajang pengampu dan batu api yang hujah cetek


Ekoran teguran Tun Dr Mahathir, berkeliaran pengampu dan batu api yang mahu ampu Dato Najib untuk konon pertahankannya. Ada berhujah dengan menyerang anaknya Mukhriz. Adakah seorang ayah harus diugut dengan anak?

Ada pula bekas Semangat 46 yang masih dengan hujah basi yang mana setiap hujah itu boleh didedabtkan tapi disenarai seolah-olah semuanya salah Tun Mahathir. Mereka ni kenapa tak masuk saja DAP?

Antaranya ada pula seekor berjanggut yang sampai menalipon seorang Menteri suruh belasah Tun. Reaksi Menteri tersebut adalah memaki si pengampu ini. Kau sapu kiri kanan depan belakang tapi bila suruh orang lain balun Tun Mahathir.

Teringat sijanggut berpura-pura mengkagumi Tun ketika diberi peluang menjadi Menteri dan mahu ampu Tun untuk diberi peluang dipilih balik jadi Menteri. Harap dia tidak akan jadi Menteri lagi malah tidak lagi dicalun bertanding di pilihanraya.

Tolonglah Dato Najib nyahkan kaki ampu sedemikian yang hanya merosakkan perpaduan parti. Nyah juga mereka yang pertahankan Dato Najib dengan hujah yang tidak lebih matang dan bijak dari kanak-kanak sekolah rendah. Baca jebat Must Die SINI

Harap Dato Najib ambil kira apa yang ditulis Jentayu Abaka di SINI semalam. Kami petik sedikit berikut:

-----------------------

Tahun 2018 semakin menghampiri, DS Najib perlu memberi perhatian yang lebih kepada politik, bukannya ekonomi sahaja.

Kecacamerbaan gabungan pembangkang mentadbir negeri Selangor memberi gambaran kepada pengundi di Selangor bahawa pada masa hadapan, kesilapan tidak sepatutnya diulangi.

Persoalannya, tatkala mereka cacamerba adakah UMNO Selangor sudah bersedia? Adakah perpaduan dalam UMNO sudah diperkukuhkan? Apakah komponen BN Selangor sudah bersedia?

Inilah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh DS Najib dan TS Muhyidin dengan kadar segera.

Memandangkan minat yang mendalam Tun Dr. Mahathir dalam politik masih sehat, saya ingin mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu. Kejayaan memenangi Kedah juga kerana sentuhan Tun Dr. Mahathir di Kedah semasa PRU13, dan saya sangat yakin sentuhan Tun Dr. Mahathir di Selangor boleh menutup lompang kepimpinan UMNO/BN Selangor yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

Tengku Razaliegh Hamzah semasa memimpin Semangat 46 pernah membawa allahyarham Tunku Abd. Rahman untuk membantunya,TG Nik Aziz yang seusia dengan Tun Dr. Mahathir masih menjadi rujukan parti PAS, manakala DAP masih tidak boleh membuang Lim Kit Siang, begitu juga PKR walau DS Anwar sudah dua kali menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi kepimpinan PKR tahu parti itu akan hancur tanpa DS Anwar, maka mengapa kita tidak mengambil kesempatan di atas kehendak Tun Dr. Mahathir yang masih bersemangat memperjuangkan masa depan bangsanya.

Alang-alang melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Proton di Shah Alam, apakah sangat bezanya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat kepada UMNO/BN Selangor di Shah Alam juga.

Lagipun DS Najib masih tetap juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Saya yakin jika Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat UMNO/BN di Selangor, ada orang di dalam pakatan rakyat tidak akan boleh tidur lena.

No comments:

Post a Comment