Tuesday, August 19, 2014

Unspinners terima e-mail SPRM yang meyakinkan


Unspinners menerima email berkenaan isu di atas tempuh hari. Kandungan email tersebut amat melegakan dan meyakinkan kami sebagai rakyat.

Bukan sebab Ronnie Liu akan ditangkap dan disumbat dalam penjara supaya dia hukum di atas penyelewengan yg telah dilakukannya sebagai exco kerajaan negeri Selangor.

Sebabnya email tersebut menunjukkan SPRM memantau blog dan media sosial. Ia menunjukkan mungkin sekali sebarang pendedahan yg kita buat di blog diambil perhatian.

Kena fahamlah bahawa untuk jadi kes perlu siasat dulu dan kumpul bukti untuk mahkamah. Itu tak mudah.

email tersebut:

Bismillahhirrahmanirrahim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam 1Malaysia

Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama ini disertakan Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk hebahan media Y. Bhg Dato'/Tuan/Puan bertarikh hari ini, 16 Ogos 2014 bertajuk

SPRM Nafi Laporan Sebuah Blog Berkaitan Penahanan Bekas Exco Selangor Ronnie Liu

Perhatian dan kerjasama Y. Bhg Dato/Tuan/Puan dalam menyiarkan kenyataan media ini didahului ucapan terima kasih.

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN

PERANGI RASUAH

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Komunikasi Strategik,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 7, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62007 Putrajaya.

Tel: 03-8886 7659
Fax: 03-8888 9528
bkk@sprm.gov.my


Hmmm ... kalsu gitu informer kita tu tak boleh pakailah. Orang DAP memang tak boleh pakai.

Lain kali jangan guna info dia ...




No comments:

Post a Comment