Sunday, August 24, 2014

PAS macam sengaja nak kekalkan Khalid?


Pertemuan TSKI dengan DYMM Sultan ditangguh ke hari Selasa esuk. Susahlah Wan Azizah nak masuk cari masa. .... hehehe.

Sementara itu, Saari Sungip dah macam U Turn. Dia kata dia tak sokong Wan Azizah dan hanya tolak Khalid. Dia pun berpeluh kerana akarumbi tuntut kedua-dua mereka dipecat!!!

Kalau Saari dan hasnul U Turn sokongan terhadap Wan Azizah, maknanya tergantung balik DUN antara yang mahu Wan Azizah dan tak mahu Wan Azizah.

Macam mana Sultan nak arahkan Khalid turun kalaui tiada calun yang boleh diterima semua pihak. Tuanku pun baca Internet yob. Tuanku baca suratkhabar. Tuanku tahu apa yang sedang berlaku dan lebih dari itu.

PAS pun nyatakan tak sokong tak kasi lebih dari satu calun.

Mungkin pertemuan Khalid dan Sultan ditangguh sebab kononnya PAS ada mesyuarat. PAS sedar akarumbi marah bila PAS U turn. Erdogan pun takut nak bulldoze. Orang macam Salahuddin Ayub kan lallang yang tiada pegangan tapi ikut mana angin tiup.

Menurut ABITW SINI, Anwar pening dengan kes saman RM100 jutanya. Ini dilihat bakal menjadi masaalah kelak. Anwar pun susah nak beri tumpuan kepada Selangor.

Khalid pun dah kata tiada yang salah dalam penyelesaiannya dengan Bank Islam. Dia hanya kata urusan bank adalah rahsia dan tak boleh didedahkan. Jika sesiapa salah tuduh tentang urusan Bank Islamnya, dia akan saman. Baca SINI

Kalau PAS betul tak mahu Khalid, letaklah cadangan calun dari PAS. Terus settle.

Tapi PAS tak mahu .... takut dengan si juboq. Kalau gitu, nampaknya macam PAS mahu kekalkan Khalid. Jeng jeng jeng ....  

No comments:

Post a Comment