Wednesday, August 27, 2014

KIPAS k Pop bukan Ronaldo atau Messi untuk dipilih terus


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGULAS KENYATAAN OLIH SUA KEADILAN DAN SU PUBLISITI  DAP: 

Kenyataan yg di sifatkan resmi mewakili PKR DAN DAP telah membangkitkan bagaimana DYMM Sultan Selangor melantik MB Selangor selepas PRU13.

DYMM Sultan Selangor menitahkan Parti Keadilan, Pas dan Dap mencalunkan nama bakal2 MB. Tapi Pakatan Rakyat hanya mencalunkan seorang sahaja, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baginda Sultan perkenan dengan cadangan satu nama iaitu TS Khalid Ibrahim. Inilah konvensi yg di katakan oleh kenyataan pemimpin dari PKR dan DAP.


J
awapan nya mudah saja, kalau ada akal dan jujur. 


Baginda Sultan terima cadangan satu calun pada waktu itu, adalah kerana Baginda dapati TS Khalid Ibrahim calun yg sesuai dan boleh di perkenan oleh Baginda Sultan.

Kalaulah Baginda Sultan dapati TS Khalid Ibrshim tidak sesuai, tentu Baginda akan terus menitahkan PKR, DAP DAN PAS hantar nama nama lain untuk di pertimbangkan.

Isu jawatan MB Sgor setelah PKR singkir TS Khalid Ibrahim, atas nama Pakatan hanya mencalunkan satu nama isitu Datin Sri Wan Azizah,.yang juga merupakan kroni DSAI (amalan nepotism).

Mungkin  Baginda Sultan ada sebab2 tertentu dan hak Baginda Sultan mengunakan budi bicara nya, memerlukan lebih calun kerana Datin Seri Wan Azizah mungkin tidak menepati kritiria spt Tan Sri Khalid Ibrahim.

Samalah memileh pemain bolasepak.Kalau pemain nya spt Ronaldo atau Messi, Pengurus bukan saja otomatik pileh, tapi dgn bayaran yg besar.

Tapi kalau pemain2 yg belum teruji dan di ragui pula, maka saringan perlu dibuat untuk memileh yg terbaik.

Mungkin pasukan Sgor tidak minat pemain impot dan ramai lagi pemain2 tempatan.Ini analogi memileh pemain pasukan bola.

Jawatan MB utk Selangor, memerlukan pemimpin yg cukup syarat.Tidakkah boleh faham kenapa Baginda Sultan minta calun2 tambahan untuk di pertimbangkan.

Ini pun tak boleh fikir atau dah buntu fikiran, seolah olah nak memaksa Baginda Sultan menerima sahaja sesiapa saja.

Baginda Sultan pun ada kuasa dan peranan mengikut Enakmen Undang2 Tubuh Krajaan N.Selangor. 

Inilah uniknya perlembagaan negeri2 dan Negara Malaysia. Amalan Demokrasi dan fungsi check and balance. Tidak ada mana2 pihak ada hak mutlak 100%. Panjang kalau nak berhujah.

Kita yakin Baginda Sultan mahu yg terbaik untuk Selangor Negeri Jajahan Takluknya demi kepentingan rakyat seluruhnya,bukan kepentingan mana2 keluarga sahaja. 

DAULAT TUANKU..

Pesanan orang tua2 dan paksi budaya melayu dan Raja,Kerja Raja di Junjung, Pantang Melayu Derhaka pada Raja.

Ada juga pepatah mengatakan Raja Adil Raja Disembah, Raja zalim, Raja di sanggah. 

Dalam hal isu jawatan memileh MB Sgor, Baginda Sultan bertindak dgn adil, saksama dan ikut undang2 tubuh negeri sgor demi kepentingan rakyat.Menjadi tanggongjawsb dan kewajipan rakyat mentaatinya.

DAULAT TUANKU!

Dato Ibrahim Ali,
Presiden Perkasa.
PRIBUMI PERKASA NEGARA.

No comments:

Post a Comment