Thursday, May 7, 2015
Tindakan BENCMARK satu sabotaj pada parti sendiri di Pmtg Pauh
Memang banyak isu lain tapi isu yang ditimbulkan Benchmark memang berniat sabotaj terhadap parti sendiri. Jika mahu dedahkan isu ini, terpulang kepada blogger yang dari tulisan lepas adalah pro BN.
Malangnya bila pendedahan dibuat satu hari sebelum pembuangan undi dan dikala pengundi PAS mahu boikot PKR, ia bertujuan jahat untuk sabotaj peluang PRK Permatang Pauh. Tak tentu sebab, isu ini menjadi isu yang menarik keluar penundi PAS untuk keluar mengundi.
PKR tiada bom yang boleh diletupkan melainkan isu-isu yang sedia ada.
Yang paling menyakitkan hati adalah cara ia ditulis adalah berdasarkan hanya surat cadangan dan bukan keputusan akhir yang dibuat LUTH. Berikut adalah laporan kenyataan dari Tabung Haji:
-----------------------------
Penjelasan Tabung Haji Mengenai Pelaburannya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX)
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2015: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.
Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.
TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.
Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
-Tamat-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment