Monday, May 18, 2015
Kebencian terhadap Rosmah dah tahap tak masuk akal Part 1
Gambar di atas diambil dari demonstrasi Baling hari minggu lepas. Atas ketidak puashatinya terhadap sesuatu, maka dia pegang satu plakad menuntut Datin Seri Rosmah berundur.
Jawatan apa yang dia mahu Rosmah undur? Dia bukan pegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan. Menteri bukan, KSU bukan, KP bukan, Pengerusi mana2 Suruhanjaya atau agensi mana-mana pun bukan.
Satu-satu jawatan yang Rosmah dilihat aktif adalah dalam PERMATA. Itu pun hanta sebagai Penaung dan tidak ada kuasa eksekutif. Bukannya ada budget besar untuk dituduh rasuah.
Kalau ada pun jawatan, mungkin adalah sebagai Pengerusi Bakti yang hanya buat kerja-kerja amal bersama isteri-isteri para Menteri yang lain. Bukan ada kuasa dalam kerajaan untuk dituduh salahguba kuasa atau rasuah.
Bekas Pengurus Island & Peninsular Berhad kini hanya bergelar isteri kepada PM. Beliau menjadi isteri setelah dinikahkan atas kebenaran walinya. Jika itu dianggap jawatan tak tahulah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment