Tuesday, May 26, 2015

LGE cakap besar, LKS serang, PKR ikut saja ... tapi hanya buat Hadi lagi kuat



Kerajaan Selangor Takkan Runtuh Tanpa PAS, Kata Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PAS akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana puak Abdul Hadi dijangka akan menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.

Ditanya mengenai prospek PAS memilih keluar Pakatan pada masa itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau percaya ada kemungkinan gabungan itu masih boleh bertahan untuk menguasai Selangor.

“Di Selangor, dua ADUN PAS menyokong (presiden PKR Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), jadi tidak bermakna jika Pakatan bubar, kerajaan Selangor akan runtuh,” katanya kepada pemberita.

Beliau merujuk kepada ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menentang Abdul Hadi dan menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Dengan sokongan Saari dan Hasnul, PKR dan DAP boleh membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan 30 kerusi. – Malaysiakini

----------------------

Demikian antara gelagat rakan PAS dalam Pakatan Rakyat yang sedaya upaya mahu lihat kumpulan ulamak atau kumpulan terbanyak dalam PASdikalahkan oleh kumpulan minoriti tak berpengaruh kuasai PAS.

Kit Siang sudah dakwa bahawa Pakatan Rakyat bakal berkubur dalam 2 minggu bila kumpulan Hadi menang.

Selama sekian lama DAP telah mengugut dan menyerang kumpulan ulamak yang mahu hudud dijalankan di negeri yang PKR yang seorang dan UMNO setuju adakan hudud walaupun DAP tak ada di Kelantan.

DAP nampaknya tunjukkan dominan mereka dalam PR semacam ianya bukan satu konsensus tapi dikuasai DAP.

Dia tak faham bahawa lagi dia hentam Hadi lagi kuat Hadi. Baca ulasan Semut Hitam SINI. Satu nasihat yang suatu pohak perlu faham ketika perang.

Dalam mengikut skrip DAP, PKR sanggup bawa sarjana Muslim dari luar negara yang menentang hudud. Hmmm .... bunyi macam sarjana biayaan CIA.

No comments:

Post a Comment