Friday, May 15, 2015

Nazir marah tak dapat jadi Menteri Kewangan?


Kenyataan Nazir di dalam The Star hari ini di SINI agak mengecewakan. Memang benar Lembaga Pengarah terlalu berdiam hingga menyebabkan kenyakinan rakyat terhadap 1MDB dan PM jatuh dan hilang.

Namun hairan kenapa CIMB tidak terlibat seperti Bank-Bank lain dalam menyokong inisiatif Dato Najib ini memandangkan CIMB banyak mendapat manafaat dari kerajaan malah kerajaan ada kala perlu melayan kehendak Dato Nazir yang ada pihak lihat inisiatif Nazir tidak perlu dan terbukti manafaat yang diwar-warkan tidak menjadi.

Nampaknya anak bongsu Tun Razak dan Toh Puan Rahah perlu dilayan semua kehendaknya hingga dilantik satu jawatan eksekutif penting dalam Khazanah. Khabar angin mengatakan ini hanya satu tawaran untuk ambilhati Nazir.

Khabar juga mengatakan Nazir mahu memainkan peranan utama dan lebih seperti Goldman Sach dalam urusan 1MDB tapi tidak dipilih lalu dia tidak mahu CIMB terlibat.

Tindak tanduknya terhadap 1MDB dilihat serupa menikam abangnya sendiri dan dipercayai adalah orang yang membocor pelbagai hal mengenai 1MDB hingga kini diguna musuh politik untuk mengagalkan penyenaraian Edra Energy.

Nampaknya tidak cukup bila Nazir diumumkan dia akan terlibat dalam penjualan aset 1MDB. kenyataan terbarunya mahu disegerakan penjualan lelong aset 1MDB supaya dia dapat meraih yuran keuntungan bagi CIMB.

Nazir pernah mengatakan polisi yang dilahirkan ayahnya DEB di bastardise di dalam konvensyen economy MCA. Polisi afirmatif yang membaii kedudukan anak Melayu di hina oleh Nazir.

BUkan saja sebarang niaga dia mahu hingga tercemar nama baik abang sendiri, dia juga mahu musnahkan segera usaha baik abangnya yang orang ramai masih tidak faham. Mungkin ada kebenaran khabar angin Najib ada berjumpa seseorang untuk dapatkan pandangan kedua dan ketiga tentang satu permintaan Nazir tapi dilarang. Najib pun akur pada nasihat tersebut.

Nazir menghentak hentak kaki ke ibu mahu jadi Menteri Kewangan. Nampaknya tindak tanduknya untuk tikan belakang abngnya sendiri mengiyakan khabar angin ini.

No comments:

Post a Comment