Monday, May 25, 2015
Kempen gandingan "syiah" - Ahmad Awang & Mat Sabu - lucu
Ahmad Awang kata PAS akan kalah PRU14 jika Hadi Presiden Parti. Selain Kelantan. bukan ke selama ini PAS kalah. Apa bezanya?
Entahlah bunyi slogan macam kami pernah dengar.
Suhaizan Kaiat, penyandang Ketua Pemuda PAS merangkap pencacai PASMA berkata Suhaizan Tolak Kepimpinan Ulama, Mahu Bawa PAS Kembali Era Burhanuddin Al-Helmy.
Burhanuddin masih ada jalur-jalur nasionalisma. Bukan ke PASMA menentang unity government dengan UMNO? Rasanya kepimpinan yang dimaksudkan adalah kepimpinan Nik Aziz sebab dia menantang anak Nik Aziz... kikiki.
Husam undur dari tanding Presiden guna alasan masih percaya pada kepimpinan ulamak?
Bekas kekasih Normah dan kini suaminya, Mat Sabu berkata Budaya Kafir Mengkafir Mesti Dibendung.
Anda tidak percaya dia kata demikian?
Betul juga sebab Mat Sabu kata Budaya Kafir Mengkafir Sesama Ahli Mesti Dibendung tapi Kafir Mengkafir terhadap orang Islam lain tidak apa kot ...
Entah kenapa Mat Sabu tiba2 kata demikian. Melainkan dia cuba kenakan puak ulamak yang suatu masa dahulu nyusahkan PAS dengan kenyataan mengkafir orang Islam lain. Opps itu pun tak betul. Tuduh UMNO saja sebab UMNO bukan orang Islam lain. tapi orang Islam itu.
Mat Sabu dilapor berkata kecewa pemilihan kali ini akan memecah belahkan parti. Hehehe ... puak mana yang tubuh PASMA Bang Mat?
Ustaz Ahmad Awang ada jawab mengenai tuduhan syiah terhadapnya. Katanya dia naik dibantu oleh orang syiah maka sampai hari ini dia dituduh syiah. Mesejnya dibantu syiah tak semestinya dia orang syiah.
Dia dituduh syiah. Mat Sabu dituduh dan dah pasti syiah. Orang syiah ada amalan penting bernama takiyah atau bohong sunat atau diam-diam sunat. Ahmad awang sedang dapatkan sunat atau melakukan sesuatu yang harus untuk menolak fitnah?
Persoalannya kenapa sekarang baru nak jelaskan?
Baca cai gandingan syiah SINI. Presiden Ahmad Awang; Timbalan: Mat Sabu; Naib - Din Pudu, Husam Pantalon dan Maffuz Mr Bean.
Mutakhir ini, Aisyah kecewa dengan PAS.
Muhamad Taib bayangkan akan keluar PAS. Macam orang PAS sedih dia keluar PAS sebab kami tahu ada sedih bila orang macam dia masuk PAS. Nampaknya UMNO kena tangisi Mat Taib sebab ini bayangan dia akan masuk balik UMNO. Nangis gumbira atau sedih?
Leman Raja Lawak dan Mejar Zaidi minta dipecat PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment