Thursday, May 21, 2015

Kapt Azri, TKB Segambut bocor video?


Tidak ada salah apa yang Tan Seri Muhyiddin katakan di Janda Baik. Tak perlu ada yang nak keruhkan suasana dan wujudkan pertelagahan antara PM dan TPM.

PM tahu apa yang Tan Seri Muhyiddin katakan pada hari itu dan ianya tidak ada salah kerana itulah suasana dalam rumah UMNO. Harap yang ada tak perlu nak smash Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Dan harap jangan semberono kata Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Cuma nak maklum individu yang merakamkan video pada program Keris 1234 di Janda Baik telah melalukan sabotaj kerana merakam ucapan Tan Seri Muhyiddin walhalkan program tersebut adalah program tertutup dan sebarang rakaman tidak dibenarkan.

 Saya dimaklumkan yang merakam video tersebut adalah Kapten Azri Timbalan Ketua Bahagian Segambut. Jika benar dakwaan bahawa TKB Segambut individu yang merakamkan video tersebut maka pihak UMNO perlu mengambil tindakan keatasnya.

Sesuatu yang amat memalukan dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan UMNO dibahagian kerana tidak peka dengan rumah UMNO dan tidak ubah seperti anai anai yang hanya merosakkan umno dari dalam.

 by gomo

No comments:

Post a Comment