Friday, May 15, 2015

Tahu tak ... TH lagi untung jika 1MDB tak bayar bon sukuk


Kadang-kadang mereka yang tak berilmu suka buat komen bukan-bukan. Macam berikut dari blog Anak Sg Derhaka:

PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya.

Baca penuh SINI


Bon sukuk itu tidak ada rating. PAS boleh terus melenting lagi...

Dah melenting belum?

Baik, kalau tak lagi melenting, cuba tanya adakah bon itu ada dicagarkan apa-apa? Apa yang dicagarkan? Apa nilai aset yang dicagarkan untuk bolehkan TH subscribe pada bon sukuk itu?

Patut Tuan Ibrahim dapatkan maklumat ini semua sebelum membuat soalan tuduhan.

Kalau dibuatnya 1MDB tak boleh bayar balik hutang kepada TH, mereka akan dapat aset yang lebih mahal dari pinjaman yang mereka beri melalyu bon pelaburan sukuk itu. Lagi boleh dibangunkan dan lagi berharga untuk TH bangunkan dll.

Apa dia aset tersebut ye?

Tunggu kami komen dalam komentari box. Unspinners nak dengar dulu apa pandangan cerdik yang penuduh ini nak cakap. Tanya soalan tapi sebenarnya tuduh! 

No comments:

Post a Comment