Sebelum masa mmg kosong tapi lebih 10 ribu hadhir |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti dan pemimpin tidak boleh dipisahkan.
Beliau berkata justeru, jika seseorang pemimpin sering diburuk-burukkan, parti akan lemah.
"Kalau kita perkuatkan pemimpin, kita akan perkuatkan parti. Bila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya.
"Oleh itu, inilah ramuan kejayaan kita," katanya ketika berucap di depan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.
Najib berkata sehubungan itu, sekarang bukan masa untuk bercakaran atau berbalah sesama sendiri.
"Ini masa untuk kita bersatu dan melihat agenda perubahan negara untuk mencapai status negara maju," katanya.
Perdana Menteri berkata BN yang diterajui UMNO serta parti komponen lain sudah membina satu institusi yang tiada tolok bandingnya.
Dulu lain sekarang lain
"Saya dah pergi ke banyak negara. Parti-parti lama banyak yang dah terkubur atau hilang kuasa tetapi BN dan UMNO masih lagi gagah berdiri, dan ini mesti kita pertahankan," katanya.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi kini juga adalah berbeza berbanding dahulu.
"Dulu tak ada media sosial dan istilahviral. Dulu kalau surat khabar tak keluar, tak adalah cerita. Tapi hari ini tulis saja dalam blog, tulis dalamTwitter, dalam Facebook, sudah boleh jadi viral.
"Dan ini adalah cabaran yang ada pada kita, bagaimana kita nak menangani semua ini," katanya.
Najib berkata selepas menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau terpaksa berdepan dengan pembangkang yang lebih bertenaga, khususnya di Perak.
Tak aman, tak jaya
"Perak lain masa itu, bukan lagi Amanjaya kerana Perak masa itu tak aman dan tak jaya.
"Masa tu kita bimbang apa akan jadi kepada Perak di bawah pembangkang tetapi berkat pemuafakatan, sebab kita bermuafakat, kita berjaya ambil alih pentadbiran negeri Perak," katanya.
Beliau berkata pada pilihan raya umum ke-13, ramai yang meramalkan bahawa BN tidak mungkin dapat mempertahankan Perak yang didakwa dikuasai semula selepas tiga wakil rakyat bebas kembali ke pangkuan BN.
"Kita telah buktikan bila kita bermuafakat, bila kita bersatu sesama kita, bila kita dapat memikir strategi-strategi yang tepat lagi bijak maka pada 2013, bumi Perak ini dapat dipertahankan oleh BN," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment