Tuesday, May 19, 2015
Pasti ada kata Rosmah atur Agong naik jet baru
Agong sertai penerbangan rasmi pertama jet baharu kerajaan, ACJ 320
Berita Minggu
AHAD, 17 MEI 2015 - 11:26AM OLEH SUZALINA HALID
ALOR SETAR: Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi pertama membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pesawat ACJ 320 itu membawa Yang di-Pertuan Agong berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, jam 10 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan pagi ini berkata, perolehan pesawat ACJ 320 itu bertujuan menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.
Kenyataan sama juga menyatakan keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 berikutan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
Pesawat ACJ 320 yang berlepas dari Hamburg, Jerman tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, selepas singgah di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi minyak.
Pesawat berkenaan membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.
Laluan Hamburg - Almaty - Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.
Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan.
Selain ACJ 320, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada tahun 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.
Jabatan Perdana Menteri berkata, pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, katanya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan para Sultan, Yang Dipertua Negeri, Menteri dan Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55390?m=1br />
----------------
Suatu masa beberapa bulan lepas isu ditimbulkan mengenai penerbangan jet kerajaan melaluu Almaty. PKR pula tuduh Rosmah selia naik taraf jet.
Katanta orang meluat dengan Rosmah. Ada juga meluat dengan cerita reka PKR seolah2 tiada kerja berguna lain yg mereka boleh lakukan melainkan demo, fitnah dan buat cerita reka.
Cuba lihat gambarajah untuk faham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment