Tuesday, May 5, 2015
Penjelasan isu TOP-UP
Shabery - "Pilihan ketiga sedang diusahakan dan akan dicadangkan kepada kabinet."
Suara Kita Hak Kita di TV1 RTM
Top-up: Apa masalahnya?
Antara butiran penting:
Cadangan dulu beli RM10.60, dapat RM10 atau beli RM10 dapat RM9.43? Cadangan ketiga - Beli top-up RM10, bila diaktifkan dapat RM10 juga. Akan bawa ke kabinet minggu depan dan dibentang untuk kelulusan.
Shabery - Saya bukan pro-telco tapi pro-rakyat kerana rakyat yang memilih saya.
GST bukan soal popular atau tidak tapi soal kebaikan rakyat. Wang yang dikutip bukan untuk kita tapi untuk rakyat juga akhirnya.
Hal-hal berkaitan cukai adalah tanggung jawab Kastam, tetapi hal-hal berkaitan teknikal, ia akan dikendalikan oleh SKMM.
Kad pra-bayar, ada ribuan rantaian agen pra-bayar
1. Fizikal - kad
2. Virtual reload - soft PIN
3. Easy reload - 7eleven, Petronas
4. Online
5. Mesin ATM
Ekonomi pra-bayar besar RM15 bilion. Ada nilai wang yang telah dilambakkan ke dalam sistem dan bukan untuk menarik semula nilai wang yang sangat besar ni, iaitu 30,000 rangkaian yang ada. Melalui ATM lebih mudah diubah.
Bukan RM800 juta tapi sebenarnya RM900 juta. RM900 juta jumlah yang besar. Di Selangor tak buat projek rakyat yang besar seperti perumahan rakyat. RM900 juta ini untuk dikembalikan kepada rakyat.
Selain itu untuk tingkatkan kualiti dan keluasan capaian, perlu bina infrastruktur. Kos naik taraf analog kepada 2G adalah RM50 bilion dan ada syarikat yang tak mampu bertahan. Kos naik taraf daripada 2G kepada 3G juga RM50 bilion.
Pendatang asing ramai, sah dan tidak sah, pelancong, ada yang guna lebih daripada 1 kad, ada yang daftar guna nama rakyat tempatan; dan mereka ini tak bayar cukai tapi turut mendapat limpahan subsidi daripada kerajaan, cth apabila beli beras dan GST adalah salah satu kaedah agar mereka ini turut menyumbang kepada rakyat dan negara.
Selain cadangan untuk bayar RM10 dapat RM10, antara cadangan juga adalah untuk kembalikan kepada golongan tertentu secara bersasar, seperti golongan pelajar melalui pakej khas.
------------------------
Siapa bersalah ... baca SINI
MALAYSIAN INSIDER CUBA MENYAINGI MALAYSIAKINI SEBAGAI PORTAL PUTAR ALAM
Oleh Lokman Adam
Malaysian Insider sekali lagi mengelirukan rakyat dengan laporan putar belit mereka. Kali ini, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek pula menjadi mangsa TMI kerana dituduh mengatakan tindakan Mydin menyerap GST sebagai menyalahi undang-undang. Ini jelas salah satu usaha terancang media propaganda Pembangkang ini untuk membunuh kredibiliti seorang demi seorang pemimpin negara.
Apa yang rakyat harus faham, kebanyakan stok yang dibeli oleh peruncit sebelum 1 April 2015 telah dikenakan cukai jualan 5%, 10% atau 20%. Oleh yang demikian, para peniga perlu menuntut semula cukai jualan ini sebelum mengenakan GST kepada pengguna. Malangnya, berdasarkan kenyatan Ketua Setiausaha KPDNKK minggu lepas, hanya 3 daripada 75,000 orang peniaga yang layak menuntut cukai jualan, telah menuntut cukai jualan tersebut.
Inilah yang menyebabkan peniaga-peniaga ini telah memindahkan beban membayar GST kepada pelanggan mereka. Perkara ini juga menyebabkan kenaikan harga barang kerana ianya sudah menjadi cukai jualan ditambah dengan GST. Kenyataan KSU KPDNKK juga bermakna, peniaga-peniaga yang telah mengurangkan harga barangan jualan mereka atau mengekalkan harga lama seperti Mydin, sebenarnya telah memotong margin keuntungan mereka sendiri bagi mengekalkan atau mengurangkan harga barang.
Apa yang Dato Seri Shabery katakan sebenarnya, tindakan sebegini juga tidak bagus untuk peniaga seperti Mydin dalam jangka masa panjang. Mereka sepatutnya menuntut cukai jualan terlebih dahulu baru menurunkan harga barang dan mengenakan GST. Adakah jika selepas beberapa bulan langkah mengurangkan margin ini diambil, Mydin mengalami masalah untuk menampung kos perniagaan mereka dan ketika itu Mydin terpaksa menaikkan semula harga barangan mereka, adakah kita akan menyalahkan Mydin?
Saya sarankan agar rakyat sentiasa memastikan mereka sudah membaca pelaporan dari kedua-dua pihak iaitu dari sebelah kerajaan dan sebelah pembangkang sebelum membuat sebarang penilaian atau andaian. Zaman maklumat dihujung jari kini memudahkan maklumat disebarkan keseluruh pelusuk dunia dengan begitu pantas. Malangnya, maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya benar. Kadang-kala, lebih auta dari fakta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment