Saturday, January 3, 2015

Husam dan PMBK Sawit ... dah buat duit, bila nak sumbang???


BAH KUNING, KERAJAAN NEGERI KELANTAN, EXCONYA DAN BEKAS EXCONYA

Bah Kuning dah Pergi

Saya difahamkan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Ladang Sungai Terah, PMBK Sawit jana banyak keuntungan hasil dari penerokaan tanah di Hulu Kelantan, maka apalah salahnya buat CSR untuk membantu mangsa banjir dengan membuat kediaman sementara tanpa perlu mengira dia ahli parti PAS atau tidak , Penerima Dividen Ladang Rakyat atau tidak.

Exco dan Bekas Exco wajar menjelaskan kepada rakyat Kelantan seluas mana hutan simpan yang telah diberikan kepada syarikat- syarikat atas nama berbagai konsesi sama ada GETAH KLON atau STOK DIRIAN.

Apakah KERAJAAN NEGERI KELANTAN adalah bukan Penyumbang Kepada Banjir Terpelik Abad Ini. 

Teka Teki masih belum Terjawab.

Orang Kampung yang tegar menyokong PAS mungkin tak tahu sebelum Empangan Kenyir Dua tu ada banjaran yang besar memisahkan Kelantan dan Terengganu dan dikawasan bersebelahan dengan Hutan Simpan Kekal Tembat sebelah Terengganu yang didakwa ada Empangan Kenyir Dua , wujud Penerokaaan HALAL, yang telah diberikan kepada NYS TIMBER SDN BHD,KRAI IDEAL WOOD INDUSTRY, MAJU JAYA TIMBER SDN BHD, MARCH RIMBA TRADING, TEROKA TUAH SDN BHD, TUNJUNG DEVELOPTMENT SB, HDY PLANTATION TRADING, FAUZI LIM PLANTATION DAN TIMUR AGRESIF SDN BHD. Semuanya meneroka HUTAN SIMPAN LEBIR DAN YANG BERHAMPIRAN, bersebelahan banjaran yang memisahkan Kenyir di Hutan Simpan Kekal Tembat, Terengganu.

Saya pohon penjelasan Segera Kerajaan Negeri Kelantan dari EXCO dan BEKAS EXCONYA sebelum menunding jari kepada pihak lain temasuk TNB.

INSYA ALLAH SAYA TAK PERLU DAPATKAN GAMBAR DARI SATELITE CHINA UNTUK TUJUAN ITU, MEMADAI DENGAN MENGUHUBUNGI MOSTI DAN AGENSI REMOTE SENSING NEGARA SEDIKIT MASA LAGI.

KERAJAAN NEGERI MESTI BERANI UNTUK TELUS SEPERTI MANA BERANI MELULUSKAN LESEN DAN PERMIT PENEROKAAN BALAK.

MAT JEK
FACEBOOKER CABUK

Membalas surat husam musa

No comments:

Post a Comment