Wednesday, January 28, 2015
Polemik PAS-PASMA keluar parti memualkan ... Tunduk pada DAP
Presiden PAS sudah kata PASMA elok keluar PAS tapi ada pula kata baik Presiden yang tinggalkan PAS.
Ada pula berdegil rasa dia patut kekal kata nak selamatkan PAS.
TANGAN GHAIB DIKALANGAN AJK PAS PUSAT CATUR REBAHKAN PRESIDEN
Saya melihat usaha menjatuhkan Presiden PAS sedang giat berjalan. Mutakhir ini, golongan PASMAisme seolah-oleh telah hijack program Tuan Guru Presiden anjuran Lanjah Penerangan PAS Pusat di Kuala Kedah sehingga dilihat Tuan Guru Presiden merestui PASMA yang telah disenarai hitamkan oleh PAS Pusat dan MSU.
Terkini, Hanipa dan Khalid Samad secara terbuka membangkang Presiden sendiri berkenaan isu PBT dan dilihat menyokong usaha DAP untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan.
Sebagai AJK PAS Pusat, mereka sepatutnya menyokong Presiden berkenaan isu PBT atau paling kurang diam dan bertanyakan Presiden sendiri atau menegur Presiden secara langsung jika itu dirasakan perlu, bukan dengan cara menggunakan media untuk menembak Presiden sendiri.
Tindakan mereka berdua dilihat bercanggah dengan Fasal 26 (9)(m) yang menyebut tentang tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat: “Pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden.”
Saya melihat, terdapat segolongan pemimpin kanan parti dan termasuk AJK PAS Pusat sedang berusaha untuk menjatuhkan Presiden secara tidak bermoral. Tindakan biadap 2 AJK PAS Pusat ini bukan perkara baru, bahkan sejak sekian lama seringkali secara terbuka membangkang Presiden sendiri seperti isu PBT, isu Menteri Besar Selangor dan lain-lain isu yang diketahui umum.
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dilihat seolah-olah memberikan perlindungan kepada PASMA sehingga lahirnya golongan PASMAisme. Paling malang apabila golongan PASMAisme ini seolah-olah lebih mesra DAP. Ketika parti dikritik mereka mendiamkan diri, sedangkan mereka menjadi lebih sudu dari kuahnya apabila menyokong dan mempertahankan DAP dalam menentang Presiden sendiri.
Saya menyeru kumpulan yang tidak bermoral ini supaya berhenti dari berterusan bersikap demikian termasuk 2 orang AJK PAS Pusat, Hanipa dan Khalid Samad.
Saya menggesa 2 orang ini supaya berhenti bersikap tidak bermoral atau meletak jawatan daripada AJK PAS Pusat bagi menghormati perasaan ahli.
Saya rasa agak mustahil untuk membuat laporan disiplin bagi tujuan tindakan disiplin diambil ke atas mereka kerana golongan PASMAisme ini menguasai lebih separuh daripada AJK PAS Pusat.
Fadhli Ibrahim,
Ketua Pemuda PAS Kuantan
Merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang.
------------------
Pelik orang PAS ... memualkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment