Wednesday, January 14, 2015

Zahid dah jelas, Mkini didedah berlaku jahat!!!!



WARTAWAN MALAYSIAKINI CURI MASUK PC ZAHID

1. Semalam dengar khabar angin dalam kalangan wartawan, Zahid akan membuat PC (Isu Surat Paul Phua) pada hari ini selepas Perhimpunan Bulanan KDN. Pagi ini memang betul Zahid tampil merungkai segala fitnah Malaysiakini. Para wartawan "impress" Zahid dengan "firm" dan konsisten menjelaskan kontroversi tersebut di hadapan para wartawan (mungkin ada wartawan Malaysiakini menggunakan pas media saluran perdana).

2. Zahid memulakan PC dengan menyatakan bahawa beliau telah membuat penjelasan dalam kabinet bersama Jemaah Menteri sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Luar, Anifah Aman. 

3. Kenyataan Zahid sangat jelas bahawa surat tersebut adalah surat penjelasan status bukannya surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua. Sementara isu Paul Phua membantu kerajaan dalam hal keselamatan, Zahid menyatakan ia tidak dapat didedahkan kepada umum kerana melibatkan isu keselamatan yang berstatus Rahsia Besar. 



4. Ditanya oleh seorang wartawan "Mengapakah surat tersebut tidak melalui Wisma Putra?". Zahid menjawab ia telah menjadi amalan dan tradisi Menteri Dalam Negeri sebelum ini kerana ia bukan urusan G to G sebaliknya hanya permintaan guaman. 

5. Soalan celahan nakal pula dari seorang wartawan bertanyakan "Adakah kabinet menerima baik penjelasan Dato' Seri?". Jawapan Zahid: Ya !

6. Kami para wartawan faham mengapa soalan itu ditanya kerana Malaysiakini melaporkan bahawa kononnya Wisma Putra mendakwa ahli kabinet hanya mendengar penjelasan Zahid tetapi tidak menerimanya. 

7. Isu ini telah dinafikan sendiri oleh Anifah Aman bahawa Wisma Putra bukan ahli kabinet dan Malaysiakini BERBOHONG. Memang kali ini Malaysiakini terperangkap dengan stratergi mereka memanipulasi kenyataan media.

8. Sebenarnya dalam isu surat Paul Phua kami dapati banyak pembohongan telah ditulis dalam Malaysiakini kononnya Pegawai Tinggi Polis kecewa dengan surat Zahid, kononnya Putrajaya menarik balik surat tersebut dan paling kelakar manipulasi jawapan TPM kononnya Zahid tidak merujuk kepada kabinet surat tersebut sedangkan sesiapa yang menonton rakaman video sebenar tahu maksud TPM isu surat tersebut tidak dibincangkan dalam kabinet lagi. 

9. Para wartawan sebenarnya kurang senang dengan cara Malaysiakini yang menyalahi integriti media. Walau bagaimana pun, kami berharap agar pihak Kementerian Komunikasi menyaring semula dan meletakkan security code kepada Pas Keselamatan Media agar ia tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun (Malaysiakini/MalaysianInsider).

10. Walaupun Malaysiakini banyak melaporkan berita fitnah untuk menjatuhkan para pemimpin tetapi sehingga hari ini portal pro Pembangkang ini masih beroperasi seperti biasa. Bersamalah kita fikirkan kerana sudah tiba masanya ... !

Dari Whats App

No comments:

Post a Comment