Saturday, January 31, 2015

Ahli seumur hidup DAP keluar parti


Ganesan a/l Naga Retnam, seorang ahli seumur hidup DAP Cawangan Taman Universiti (2) Johor Baru begitu kecewa dengan AP Gelang Patah Lim Kit Siang yang telah mengabaikan rayuannya untuk mendapatkan bantuan perubatan bagi mengubati penyakit kencing manis tahap kronik yg dihidapinya.

Dalam sidang media di rumahnya di Taman Skudai Johor, Pengerusi Persatuan Setia Jujur Skudai / Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S.Kogilavani telah  memberitahu media bahawa bantuan perubatan telah dijanjikan Kim Kit Siang.

Ia melibatkan perubatan selama 3 bulan  bagi menampung kos perubatan N.Ganesan yang purata berjumlah RM 200 sehari. Kit Siang telah melancarkan Tabung Bantuan Perubatan tapi langsung tiada diusahakan dan bantuan pun tidak kesampian.

S Kogilavani telah mengutarakan dan mengkritik kelemahan Lim Kit Siang yg gagal memenuhi keperluan pengundi selaku AP Gelang Patah.

Di dalam sidang media tersebut, N.Ganesan bersama isteri K.Kamala dan anaknya G.Saravanan telah bertindak memotong kad keahlian DAP mereka sambil melaungkan "Mampus DAP dan Hancur DAP" sebanyak 3 kali.

No comments:

Post a Comment