Thursday, January 29, 2015

Diversion Rafizi untuk Datum Jelatek


Rafizi Ramli menipu lagi. 

Semalam di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar kepada syarikat hartanah dari negara China. 

Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR.


Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan milik Rakyat Malaysia.

Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tidak bermakna ianya milik Kerajaan.



Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang taikun Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Kesemua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. 

Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. 

Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya dengan Kerajaan, wahai Rafizi Ramli? 

Rafizi Ramli mungkin cuba untuk mengalihkan isu penjualan tanah berkenaan untuk menutup isu Datum Jelatek di Selangor. 

Mungkin Kerajaan boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya.

Sumber Whats App

Apsal bodoh sangat Setiausaha Agong PKR ni. Lagi bodoh yg lantik dia ....

No comments:

Post a Comment