Thursday, January 15, 2015

PASma dipinta keluar PAS, Din Pudu 'defend' PASma


KELUAR PAS JIKA MAHU TERUSKAN AGENDA PASMA 

KUALA LUMPUR : PAS Terengganu menggesa ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan dan keluar parti sekiranya mahu meneruskan agenda Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang ditolak oleh parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat menegaskan tiada halangan untuk PasMa yang diterajui Phahrolrazi menjadi sebuah parti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Namun, beliau mengingatkan Pahrolrazi agar keluar daripada PAS dan jangan sesekali 'bertenggek' di atas perjuangan parti berteraskan Islam itu.

"PAS Pusat ada keputusan dah mengenai PasMa, kita ikut yang itu sahaja. Kita berpegang apa yang diputuskan oleh PAS Pusat itu.

"Jadi apa nak dilakukan kalau PasMa nak jadi parti politik. Daripada awal saya dulu saya sebut Malaysia ini negara demokrasi sesiapa sahaja boleh daftar parti.

"Cuma kita sebut kalau dia rasa PAS tidak lagi sesuai sebagai bahtera perjuangan baik dia keluar daripada parti. Jangan dia bertenggek berpegang dengan parti PAS ini," katanya kepada Antarapos.

Saiful Bahri diminta mengulas mengenai tindakan Phahrolrazi bersama ahli PasMa yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini bagi membincangkan kerjasama di masa depan.

Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai isu dan strategi kerjasama dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.

Sumber mendakwa NGO berkenaan berhasrat membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat namun Phahrolrazi menafikan perkara itu sambil menegaskan tiada perancangan meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan, Saiful Bahri menegaskan parti itu akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perikatan itu sebagaimana diputuskan muktamar.

"Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat ini sebagaimana yang diputuskan oleh muktamarlah sebab kata pemutus dalam muktamar.

"Muktamar memutuskan bahawa PAS masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat, setakat ini tiada perubahan lagi.

"Setakat ini kita dah ada keputusan. Jadi kita tengoklah perkembangan nanti," katanya.


Untuk rekod, Majlis Syura Ulama PAS telah mengingatkan agar tiada ahli parti itu menyertai sebarang aktiviti PasMa dan badan tertinggi itu akan memantau segala tindak-tanduk NGO itu.

Keputusan itu selari dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penggulungan muktamar 2014 supaya tidak berlaku adanya 'jemaah dalam jemaah' dan 'parti dalam parti’.

No comments:

Post a Comment