Tuesday, January 6, 2015

Kerjasama demi rakyat, bukan gabung la ... bengong


Pas sedia kerjasama dengan UMNO
Isu banjir di Kelantan menjadi keutamaan

HUSSAINI AMRAN  |  06 Januari 2015

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.


“Saya melihat politik itu isu ke­cil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik.

“Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pemba­ngunan semula negeri itu selepas banjir.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya.

Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan.

“Cuma, kita berharap pelaksa­naan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-kerjasama-dengan-umno-1.45086#sthash.nkYL3jhs.dpuf






No comments:

Post a Comment