Monday, January 26, 2015
Guan Eng marah Betty diserang 8: Tian Chua defend LGE, Lobi projek dari Betty
Kaitan Betty dengan Tian Chua mungkin berkait rapat dengan kedudukan Betty dalam PCCC dan demi menutup kesalahan Guan Eng menaikkan macam-macam di Penang.
Kenaikkan tarif air merupakan kelemahan dan hipokrasi pentadiran Guan Eng.
Maka Tian Chua pertahankan tindakan Guan Eng menaikkan air dengan menyalahkan kumpulan minoriti orang Melayu dan Islam.
Ini sesuai dengan Tian CHua yang berkait rapat dengan gerakan menindas dan menafikan hak-hak dan keistiewaan ugama Islam di negara ini. Selain itu, ia selari dengan perjuangan sekular Tian Chua untuk membawa agenda Hak Asasi Manusia ala barat yang hedonistik dan anti ugama.
Itu alasan dan sebab musabab yang zahir. Yang dibelakang tabir lain. Fikirlah, Tian Chua ahli PKR dan bukan DAP. Dia juga mewakili kawasan parlimen di WIlayah Persekutuan. Apa perlu dia bersuara untuk DAP yang menunjukkan sikap anti Islam mereka?
Sebabnya Tian Chua sedang mintak projek kerana dia ada masaalah hutang dengan taukeh-taukeh di KL sebanyak RM10 juta. Oleh kerana dia anti Khalid dan kini anti Azmin, dia tak boleh dapat projek dari kedua-dua mereka.
Jika tidak bayar, takut jari kena potong atau kaki kudong akibat kemalangan. Harapannya adalah dengan Guan Eng, maka apa saja dilakukan untuk puaskan hati Guan Eng dan perlu juga dibodek Betty
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment