Tuesday, January 27, 2015
Datum Jelatek: Mercu tanda korupsi dan ketidakadilan sosial PKR DAP
Datum Jelatek bukan mengenai kaum semata-mata tetapi rasuah! Jadi taukeh besar MCA berpura-pura menjadi buta warna:
Dan, PKNS cuba menjustifikasikan:
Bantahan ini diketuai oleh Salleh bin Samad atau kini dikenali sebagai Salleh Datum yang menjumpai penipuan dan percubaan untuk berselindung pihak pengurusan PKNS. Beliau biasa dan faham tentang pembangunan hartanah. Pengurus Besar sebelum ini, Dato Omar Osman (OO) cuba memperlekehkannya.
Sama ada dia tahu atau tidak, OO cuba menutup untuk MB semasa Azmin Ali tetapi dilakukan seolah-olah salah Tan Sri Khalid Ibrahim. Semua orang di Keramat tahu bahawa terdapat muslihat sapu tangan berlaku. Azmin telah manipulasi projek menjadi bahan kempen pilihanraya terhadap Dato Dr Khir Toyo tetapi lepas tangan sebaik saja dia menang.
Pada mulanya, PKNS yang diterajui PKR berniat menjual satu blok kepada Syarikat China dan pembeli antarabangsa. Exco kanan ketika itu, Teresa Kok sebagai broker dan mengambil komisyen dari apa saj autusan dengan pelabur dari China.
Dalam perkembangan baru-baru ini, PKNS mahu tipu penduduk tempatan untuk mempercayai bahawa ia akan menjadi 100% pembangunan Bumiputera. Penduduk tempatan mahu pembangunan rumah Mampu Milik seperti sekitarnya.
Mereka tahu, PKNS telah terjebak dengan kos pengambilan tanah dan premium tanah yang tinggi. Maka rancangan mereka ada untuk jadikannya pembangunan MAMPU tengok. Kononnya Melayu mampu tapi pada harga RM700,000, penduduk tempatan tidak boleh beli dan PKNS akan membukanya kepada semua. .
Walau apa dikatakan oleh MCA, ini bukan isu perkauman.
Pakatan Rakyat percaya Kelantan berhak mendapat royalti minyak atas alasan keadilan sosial. MCA berdiam bila DAP menuntut pilihan raya tempatan atas kononnya keadilan sosial. SUPP menuntut untuk lebih kerusi bandar di Sarawak atas alasan perwakilan dan keadilan sosial.
Penindasan ekonomi bukan keadilan sosial. Ia bukan keadilan sosial apabila orang luar dengan wang yang banyak mengambil alih tanah dan mengetepikan masyarakat tempatan hingga masyarakat itu pupus. Bukankah keadilan sosial bagi penduduk tempatan Keramat untuk menuntut rumah di atas tanah nenek moyang mereka dikekalkan?
DIterjemah dari ABITW SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment