Thursday, May 28, 2015

Tun kata Najib pembohong


Tun Dr Mahathir segera menjawab jawapan kedua Dato Najib dengan menumpukan fokus terhadap isu pembetulan kenyataan bahawa wang disingapura bukan wang tunai.

Pembetulan di parlimen menjelaskan kenyataan salah sebelum ini. BSI hanya custodian kepada certificate unit amanah pelaburan dalam dana sebuah foreign fund.

Ada alasan kata jika najib hendak tipu, tak perlu dia betulkan kesilapan sebelum ini. Najib tiada niat menipu.


Ada sebuah potongan akhbar menunjukkan sebelum ini najib hanya berkata mengekalkan dalam matawang us dollar. Ada tak keratan lain yang bukan sarawak petpot atau msia ditipukini atau malaysia insidious atau the egg yang boleh jelaskan kenyataan Najib sebelum ini?

Sesuatu yang patut Najib jelaskan dalam pembetulannya adalah apa nama sovereign fund yang dilaburkan? Apa salah telus supaya boleh diketahui ramai dan hilangkan curiga akibat banyak soalan makan masa lama sangat tidak dijawab.

Susah untuk Najib kata dia tidak tahu kerana ada pihak sudah dedahkan kuasa Najib dalam M&A sebagai pembuat keputusan terakhir dalam urusan 1MDB. Najib susah untuk kata dia tidak tahu sebenar.

Namun begitu harap tulisan FB Lim Sian See berikut mengenai jumlah pelaburan luar negara 1MDB dalam memberi maklumat untuk pemahaman:


How much of 1MDB's money is invested overseas?

1) USD1.1 billion (RM4 billion) in BSI Singapore
- Held as collateral for a Deutsche Bank USD975m loan and is apparently not cash but Financial Assets in the form of sovereign-guaranteed investment units).
- This asset appear to be yielding returns.

2) USD1.56 billion (RM5.68 billion) invested in a 2013 JV with Abu Dhabi Govt
- The 50-50 JV is called Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited
- JV is with Abu Dhabi govt owned Aabar Investments PJSC and is to jointly invest in energy and strategic real estate.
http://www.reuters.com/article/2013/04/16/malaysia-1mdb-aabar-idUSL3N0D31US20130416

3) USD1.4 billion (RM5.1 billion) with IPIC
- International Petroleum Investment Co (IPIC) is a sovereign fund wholly owned by the Abu Dhabi Govt and has assets worth USD65 billion
- The money is a part of the USD3.5 billion 2012 bonds that is co-guaranteed by IPIC and 1MDB and appears to be IPIC's share of the funds.

4) USD1.25 billion (RM4.55 billion) refundable deposits with Aabar Investments
- This appears to be a deposit for the options of Abu Dhabi govt Aabar that is tied to the IPO of 1MDB's IPO assets.

In total USD5.06 billion (RM18.43 billion) of the famous RM42b seems to be stuck in various ventures with the Abu Dhabi Govt

Understanding that foreign investment is bi-lateral, it appears that the JV is just not for investments into Malaysia but in both countries.

In fact multiple partnerships a signing was announced in March 2013 where it stated that http://www.1mdb.com.my/press-release/rm18-billion-strategic-partnership

"The various partnerships are the outcome of continuing talks between PM Najib and Abu Dhabi’s Crown Prince and Deputy Supreme Commander of the Armed Forces of UAE, His Highness General Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, promoting long-term sustainable economic growth beneficial to both countries."

Definitely bi-lateral investments on both sides.

Not sure how much profits that the RM18.43b joint-investments have made so far but it seems it is 26 months since those JVs and partnerships was made.

Should Malaysia ask Abu Dhabi for all our money back? And if 1MDB breaks its various JVs with Abu Dhabi, would this anger the Abu Dhabi Govt?

Does the money even exist in the first place? That is the question.

But it is highly unlikely that 1MDB is using another country's name and their crown prince, general and royal family to hide 1MDB songlap.

If the RM18.43b comes back, it completely explains the entire RM42 billion picture and then Govt can simply say:

RM15b - Buy IPP and land
RM18b - Money in Abu Dhabi
RM8b - Inherited project financing for 15 IPPs
RM2b - build 8 military facilities and TRX development costs

= RM42b (ngam ngam).

So then govt will ask Tun M and Tony and Rafizi and all the various zombies and penaksubs: Where is the Songlap?

So, if all the Mid-East money comes back and used to significantly pay down the RM42b, would that make you all happy?


Sarawak Report tak lagi kelentong ... BETUL2 DEDAHKAN DOKUMEN!!!!


Itu hanya sindiran terhadap Sarawak Report yang asyik kata ada dokumen, email dan mcm2 tapi akhirnya dedahkan hanya email palsu.

Dokumen berikut adalah betul2 dokumen yang buktikan sebab apa pembangkang menentang AES.

Sebab mereka kuat melanggar undang2 trafik....


Baca kisah Rafizi di SINI


Ini semua muka2 yang menentang AES







Dua sebab Joshua Wong tidak boleh masuk Malaysia


Sebab pertama adalah:


Dia adik beradik Toan Chua. Muka hampir serupa. Perosak macam Tian Chua. Degil macam Tian Chua. Buat kerja subversif macam Tian Chua. Pasti gigit orang macam Tian Chua dan Count Dracula.

Orang yang bising membangkang larangan pun sama perosak masyarakat macam Bar Council.

Sebab kedua:


Ini sahkan tindakan pihak berkuasa tidak salah



Ada lagikah blogger pro-BN kokokkan tuduhan PR RM43 bil lesap?

Jgn marah ye ... gambar orang kasi

Ada blogger pro BN sanggup kokokkan Pakatan Rakyat untuk tuduh RM27 billion atau RM42 billion pinjaman 1MDB lesap hanya kerana agenda untuk jatuhkan Dato Najib
 
Bernama laporkan berikut:

Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM51.4 bilion, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, demikian menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Aset lain ialah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar (234 ekar) serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

BERNAMA.

Adakah mereka masih percaya Rafizi dan Tony Pua????????

NOW, syarikat Rafizi untuk kutip derma ala Lebuhraya Husam


(Malaysian Gazette) – “Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB.”

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

“National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif.”

“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

 "Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”

“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.

 Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

 “Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW,” ujarnya.

Wednesday, May 27, 2015

Ulang tahun ke 3 pelancaran lebuhraya calun Naib Presiden PAS?




Ahli PAS tak tanya ke apa jadi duit yang dikumpul masuk akaun "peribadi calun Naib Presiden Husam"?

Susah kumpulan anti 1mdb nak faham surat MOF sampai lambat


1MDB: Kehadiran Arul ke proseding PAC dipolemik golongan terdesak Surat kepada Arul dan Shahrol bertarikh 20 Mei, bukan 6 Mei.

 1. Dimaklumkan bahawa surat jemputan yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 26 Mei dikeluarkan pada 20 Mei dan hanya difakskan kepada mereka pada pukul 1130 malam 21 Mei. Maksudnya, mereka hanya diberi notis 2 hari bekerja untuk menyediakan jawapan dan mempertahan diri mengenai segala urusan 1MDB sejak tahun 2009.

 2. Arul Kanda telah memaklumkan bahawa 1MDB menerima notis agak lewat dan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Manakala Shahrol pula memohon agar diberikan lebih masa untuk membuat persiapan.

 3. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menerima permintaan mereka berdua dan PAC telah bersetuju untuk memberikan mereka lebih masa untuk membuat persiapan.

 4. Spin pihak anti-1MDB adalah mereka berdua tidak mahu memberikan kerjasama kepada PAC. Poster dan grafik palsu direka dan disebarkan oleh pihak anti-1MDB dua hari sebelum tarikh 26 Mei, kononnya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrn Buang menyatakan bahawa keputusan audit forensik tidak dapat dikeluarkan awal kerana pihak 1MDB tidak memberikan kerjasama. 

5. Fitnah jahat pihak anti-1MDB ini telah dinafikan oleh Ambrin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Arul pula telah membuat kenyataan bahawa dia akan memberikan sepenuh kerjasama dan memberi jaminan bahawa dia akan hadir dalam proseding yang akan datang.

 6. Perbuatan pihak anti-1MBD menghasilkan grafik palsu dan memfitnah bahawa Arul dan Shahrol tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Audit Negara dan PAC merupakan satu tindakan yang terdesak (desperate) dan menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan imej 1MDB dan mengagalkannya.

 7. Tidak wajar pihak anti-1MDB menjadi begitu kalut hanya kerana Arul dan Shahrol tidak dapat hadir sesi PAC kali ini . Lagipun, laporan awal audit forensik Ketua Audit Negara masih belum siap dan diserah kepada PAC lagi. Tunggulah laporan awal audit forensik ini siap dulu. Sebenarnya penyiasatan PAC tidak terjejas sekalipun pengurusan 1MDB memberi keterangan terkemudian daripada saksi-saksi yang lain.

 8. Secara logiknya, selepas laporan awal audit ini siap, lebih mudah bagi PAC untuk menyiasat. Bukan sahaja PAC, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga boleh turut menyiasat.

 9. Untuk berlaku adil, wajarlah Arul dan Shahrol diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan jawapan dan pada waktu yang sama mempertahankan 1MDB dan diri mereka. Ini bukan jawapan biasa, sebaliknya perkataan mereka boleh digunakan terhadap mereka di mahkamah, dalam perbualan masyarakat dan di dalam media.

 10. Negara ini pernah menunggu selama 6 tahun bagi membenarkan Anwar Ibrahim membela diri dan memastikan perbicaraan dilakukan dengan adil. Kenapakah bagi Arul, Shahrol dan 1MDB kita menggunakan standard yang berbeza dan tidak mampu menunggu sehingga akhir Jun?

 11. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Tidak wajar menjatuhkan hukuman sebelum siasatan dan perbicaraan yang adil. Tidak wajar juga menggunakan media untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman ke atas sesorang.

 12. Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyatakan bahawa 1MDB bukan risiko sistemik terhadap sistem kewangan negara dan pergerakan nilai ringgit. Nazir juga pernah meminta agar isu-isu membabitkan 1MDB harus dibiarkan berlalu kerana ia mampu menggugat sentimen pelabur terhadap Malaysia.

 13. Sebagai rakyat Malaysia yang berprinsip, adil dan berkecuali, sudah tentu kita mahukan isu 1MDB diselesaikan secara bijak tanpa sebarang kerugian dan kemusnahan terhadap rakyat dan negara. Pada waktu yang sama kita juga mahu semua pihak yang bersalah dan pecah amanah dihukum dengan seberat-beratnya. Tiada kompromi dalam hal ini.

 14. Laporan awal audit akan dibentangkan pada akhir bulan Jun ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, kita tidak seharusnya terus menerus membuat spekulasi, menyebarkan khabar angin dan mencipta pembohongan demi pembohongan kerana perbuatan tidak bertanggung jawab ini hanya akan merosakkan lagi ekonomi negara serta memberi kesan negatif terhadap bursa saham dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tentu sahaja tidak patriotik

Tuesday, May 26, 2015

Mamak ni bukan silap tapi sengaja cekik.darah



Baca di FMT di SINI.

Senang2 mintak maaf dan nyalahkan gst

Secret Recipe sudah tidak "halal"



Hudud tak laksana pun, Elok buat Marina tinggalkan Msia


Pindah ke negeri barat dan ikutlah gaya hidup cara barat. Percampuran bebas. Pemikiran bebas dan adab sopan santun pun terbabas.

Ada hak asasi manusia untuk jadi gay lesbian dan transexual. Anak kamu pun berhak jadi gay atau lesbian atau transexual.

Boleh minum arab.

Tiada peraturan atau "paksaan" ugama.

Orang sini terlalu kolot dan tak mahu kamu yang "progresif".

Sini majoriti orang Islam mahu cara hidup Islam. Kolot buat kamu, marina.

DAP pura2 peri kemanusian pada Rohingya ... Dengan Melayu begitu zalim!!!



Beberapa wakil rakyat DAP ziarah ke pusat refugee Rohingya. Konon DAP mahu gambarkan pada orang Islam bahawa mereka perihatin dengan nasib orang Islam Rohingya.

Melihat DAP cuba bermuka-muka, segera Dato Zahid Hamidi kata mahu letakkan penempatan orang Rohingya di Pulau Pinang dan meminta tanah dari kerajaan negeri.

Dengan segera Lim GUan Eng kata tiada tanah untuk tujuan itu. Maklumlah semua tanah adalah untuk dia bina kondo mewah bagi rakyat asing duduk dan orang tempatan duduk dalam keadaan macam orang Rohingya.


Dia suruh letak di tanah TUDM.

Zahid ticks off ‘loud rooster’ LGE for human rights hypocrisy - FMT

Prove sincerity, Zahid tells Penang government - The Star


Lojikke ke kawasan keselamatan mahu diletakkan pelarian asing? Agaknya macam gitu keadaan bila DAP perintah negara nanti kelak???

Mereka hanya nak buat kondo mewah dan tidak peduli keselamatan rakyat. DI penang mereka guna gangster PPS untuk jaga keselamatan awam.

Berpura-pura la si komunis Guan Eng:

Lim: Leave petty politics out of Rohingya issue - FMT

We offered a helping hand, but the federal government just bit it” - MChronicle

Sebenarnya DAP tak pernah peduli tentang Rohingya sebagaimana mereka tak peduli dalam hal pendirian Malaysia tentang Israel dan Palestin. Kalau boleh DAP mahu Malaysia ada hubungan diplomasi dengan Israel.

BUkan ke sudah tersebar rancangan DAP mahu Port Dickson jadi pelabuhan untuk Navy Israel???

LGE cakap besar, LKS serang, PKR ikut saja ... tapi hanya buat Hadi lagi kuat



Kerajaan Selangor Takkan Runtuh Tanpa PAS, Kata Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PAS akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana puak Abdul Hadi dijangka akan menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.

Ditanya mengenai prospek PAS memilih keluar Pakatan pada masa itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau percaya ada kemungkinan gabungan itu masih boleh bertahan untuk menguasai Selangor.

“Di Selangor, dua ADUN PAS menyokong (presiden PKR Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), jadi tidak bermakna jika Pakatan bubar, kerajaan Selangor akan runtuh,” katanya kepada pemberita.

Beliau merujuk kepada ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menentang Abdul Hadi dan menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Dengan sokongan Saari dan Hasnul, PKR dan DAP boleh membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan 30 kerusi. – Malaysiakini

----------------------

Demikian antara gelagat rakan PAS dalam Pakatan Rakyat yang sedaya upaya mahu lihat kumpulan ulamak atau kumpulan terbanyak dalam PASdikalahkan oleh kumpulan minoriti tak berpengaruh kuasai PAS.

Kit Siang sudah dakwa bahawa Pakatan Rakyat bakal berkubur dalam 2 minggu bila kumpulan Hadi menang.

Selama sekian lama DAP telah mengugut dan menyerang kumpulan ulamak yang mahu hudud dijalankan di negeri yang PKR yang seorang dan UMNO setuju adakan hudud walaupun DAP tak ada di Kelantan.

DAP nampaknya tunjukkan dominan mereka dalam PR semacam ianya bukan satu konsensus tapi dikuasai DAP.

Dia tak faham bahawa lagi dia hentam Hadi lagi kuat Hadi. Baca ulasan Semut Hitam SINI. Satu nasihat yang suatu pohak perlu faham ketika perang.

Dalam mengikut skrip DAP, PKR sanggup bawa sarjana Muslim dari luar negara yang menentang hudud. Hmmm .... bunyi macam sarjana biayaan CIA.

Monday, May 25, 2015

Kempen gandingan "syiah" - Ahmad Awang & Mat Sabu - lucu


Ahmad Awang kata PAS akan kalah PRU14 jika Hadi Presiden Parti. Selain Kelantan. bukan ke selama ini PAS kalah. Apa bezanya?

Entahlah bunyi slogan macam kami pernah dengar.

Suhaizan Kaiat, penyandang Ketua Pemuda PAS merangkap pencacai PASMA berkata Suhaizan Tolak Kepimpinan Ulama, Mahu Bawa PAS Kembali Era Burhanuddin Al-Helmy.

Burhanuddin masih ada jalur-jalur nasionalisma. Bukan ke PASMA menentang unity government dengan UMNO? Rasanya kepimpinan yang dimaksudkan adalah kepimpinan Nik Aziz sebab dia menantang anak Nik Aziz... kikiki.

Husam undur dari tanding Presiden guna alasan masih percaya pada kepimpinan ulamak? 

Bekas kekasih Normah dan kini suaminya, Mat Sabu berkata Budaya Kafir Mengkafir Mesti Dibendung.
Anda tidak percaya dia kata demikian?

Betul juga sebab Mat Sabu kata Budaya Kafir Mengkafir Sesama Ahli Mesti Dibendung tapi Kafir Mengkafir terhadap orang Islam lain tidak apa kot ...

Entah kenapa Mat Sabu tiba2 kata demikian. Melainkan dia cuba kenakan puak ulamak yang suatu masa dahulu nyusahkan PAS dengan kenyataan mengkafir orang Islam lain. Opps itu pun tak betul. Tuduh UMNO saja sebab UMNO bukan orang Islam lain. tapi orang Islam itu.

Mat Sabu dilapor berkata kecewa pemilihan kali ini akan memecah belahkan parti. Hehehe ... puak mana yang tubuh PASMA Bang Mat?

Ustaz Ahmad Awang ada jawab mengenai tuduhan syiah terhadapnya. Katanya dia naik dibantu oleh orang syiah maka sampai hari ini dia dituduh syiah. Mesejnya dibantu syiah tak semestinya dia orang syiah.  

Dia dituduh syiah. Mat Sabu dituduh dan dah pasti syiah. Orang syiah ada amalan penting bernama takiyah atau bohong sunat atau diam-diam sunat. Ahmad awang sedang dapatkan sunat atau melakukan sesuatu yang harus untuk menolak fitnah?

Persoalannya kenapa sekarang baru nak jelaskan?

Baca cai gandingan syiah SINI. Presiden Ahmad Awang; Timbalan: Mat Sabu; Naib - Din Pudu, Husam Pantalon dan Maffuz Mr Bean. 


Mutakhir ini, Aisyah kecewa dengan PAS.

Muhamad Taib bayangkan akan keluar PAS. Macam orang PAS sedih dia keluar PAS sebab kami tahu ada sedih bila orang macam dia masuk PAS. Nampaknya UMNO kena tangisi Mat Taib sebab ini bayangan dia akan masuk balik UMNO. Nangis gumbira atau sedih?

Leman Raja Lawak dan Mejar Zaidi minta dipecat PAS.


Kedai mamak Hameed Corner keluarkan 2,000 INVOIS TIPU GST


SHAH ALAM – Dua pemilik Restoran Hameeds Corner di sini hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai tidak mengandungi butiran ditetapkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Rajabunesah Bagam Kamarudeen, 38, dan Muhammad Peer Abdullah, 35, menghadapi pertuduhan itu selepas Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid melepas dan membebaskan Restoran Hameeds Corner daripada lima pertuduhan yang sama.

Hakim memutuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun menarik balik semua pertuduhan ke atas restoran itu.

Restoran Hameeds Corner yang dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lalu adalah pihak berdaftar di bawah Akta GST yang pertama menghadapi pertuduhan di bawah akta itu sejak dilaksanakan 1 April lalu.

Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer selaku orang kena saman mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan sebagai orang berdaftar di bawah Akta GST yang membuat pembekalan bercukai, sudah mengeluarkan kira-kira 2,000 keping Invois Cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan semua kesalahan di premis restoran di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April hingga 11 April lalu mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

petik dari Bernama

Lepas mamak sembelih orang ramai, senang2 minta maaf


Baca di Astro Awani SINI .

Takkan begitu senang sami buddha burma ini sembelih orang ramai mcm pembakaran mangsa rohingya, lepas itu minta maaf.

Penguatkuasa perlu tegas. Jangan di belanja kepala ikan tapi dah terdiam.

Semua kedai mamak dah mula mencekik pelanggan!!!!

PASMA serang Hadi isu UG guna DAP


UG adalah Unity Government yang suatu masa adalah option yang sudah dibincangkan dalam AJK Pusat PAS tapi diputarbelit puak Anwarinas sebagai agenda Ustaz Nasaruddin dan Dr Hasan Ali hingga tercampak kedua mereka.

Alasan sama sedang digunakan terhadap Hadi dengan alasan tersirat untuk pertahankan Pakatan Rakyat.

Mungkin PASMA todak dapat lari dari wave akarumbi yang masih kuat untuk pertahankan kepumpinan ulamak. Cari yang timggal adalah dengan gunakan DAP.

Lagi pun, DAP sulah manyak keluar wang ma ... Doa berusaha mahu selamatkan investment. Cuma produk lu macam lantiau.... hahaha. Tak laku.

Sunday, May 24, 2015

Kedai mamak dah melampau hingga tidak berperi kemanusiaan

Semalam Unspinner makan nasi berlauk kari ikan sekerat, acar timun dan daging serta air kodong di kedai mamak biasa dicaj RM12.50. Dah baik makan kedai melayu yg staylo tapi mahal sikit.

Rupanya kedai mamak kini mula mengambil untung berlebih2an dari kenaikkan harga barang yang disengajakan oleh peniaga2 melampau.

Cuba lihat berikut:



Memang tanggingjawab jabatan dan pegawai kerajaan tapi ini sudahtidak ada peri kemanusiaan.




Berlaku depan mata dia , Mufti longkang tak nampak!!!




Nah!!!! Berlaku depan mata dia sendiri, kenapa dia diam?

Kenapa mufti mulut longkang tak bantu pendatang bangla desh dan myanmar yang jadi mangsa pemerdagangan manusia yang berlaku di perlis sendiri?

Semua hal kuala lunpur termasuk hal yg dia tak faham dia nak komen. Depan mata apa pasal tak nampak dan tolong?


Ikhlas ke nak tolong tohingya atau hanya suka jadi pelacyr media????



Saturday, May 23, 2015

Sekali lagi, Mufti mulut longkang bercakap macam Yahudi



Banyak boleh dikupas dan dipersoal terhadap satu lagi tudugan melulu tanpa usul periksa dan kajian dari mufti mulut longkang ini.

Namun Unspinner mulakan dengan pertama sekalu untuk tanya apa yang telah beliau sendiri lakukan sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan negeri?

Bawah beliau ada Jabatan Ugama Islam dan institusi islam negeri serta masjid2 dan surau2 yang boleh digembeling untuk bantu rohingya. Sudahkah dilakukan?

Kedua, adakah kaitan beribadat dengan memuji rasulullah dengan kebajikan orang dlm kesusahan? Jika dilayan hujah ala DAP ini, tak.perlu lakukan majlis ibadah dan lain2 fardhu jika tak bantu orang rohjngya.

Tersirat tujuan jahat si yahudi wahabi ini yang membenci amalan ugama orang lain dan mahu orang ikut cakap dia seorang dari persetujuan konsensus satu jemaah.

Ketiga rohingya yang sedang terapung di laut itu mangsa myanmar ke atau pendatang asing yang mahu masuk malaysia untuk mendapat pekerjaan?

Unspinners nak tahu juga macam mana ada orang bangla desh bersama dalam kapal.

Keempat, tanpa dokumen sah, susah untuk malaysia terima tapi jangan kata Malaysia tiada peri kemanusiaan. Azeez Kelan Putra 1Msia adalah antara yang pertama memberi bantuan.

Kelima dan terakhir buat masa ini buat Mufti berhati dengki mcm Yahudi dan tiada adab mcm orang Khazar adalah gambarajah berikut:


Lain kali, tanya orang bertanggungjawab dulu. Bukan main tuduh.

Asal dapat masuk media suka saja fitnah dan tuduh sebarangan. Jual adab dan roh kepada media ke?

Keselaluan burukkan pemimpin lemahkan parti

Sebelum masa mmg kosong tapi lebih 10 ribu hadhir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti dan pemimpin tidak boleh dipisahkan.

Beliau berkata justeru, jika seseorang pemimpin sering diburuk-burukkan, parti akan lemah.

"Kalau kita perkuatkan pemimpin, kita akan perkuatkan parti. Bila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya.

"Oleh itu, inilah ramuan kejayaan kita," katanya ketika berucap di depan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

Najib berkata sehubungan itu, sekarang bukan masa untuk bercakaran atau berbalah sesama sendiri.

"Ini masa untuk kita bersatu dan melihat agenda perubahan negara untuk mencapai status negara maju," katanya.

Perdana Menteri berkata BN yang diterajui UMNO serta parti komponen lain sudah membina satu institusi yang tiada tolok bandingnya.

Dulu lain sekarang lain

"Saya dah pergi ke banyak negara. Parti-parti lama banyak yang dah terkubur atau hilang kuasa tetapi BN dan UMNO masih lagi gagah berdiri, dan ini mesti kita pertahankan," katanya.

Beliau berkata cabaran yang dihadapi kini juga adalah berbeza berbanding dahulu.

"Dulu tak ada media sosial dan istilahviral. Dulu kalau surat khabar tak keluar, tak adalah cerita. Tapi hari ini tulis saja dalam blog, tulis dalamTwitter, dalam Facebook, sudah boleh jadi viral.

"Dan ini adalah cabaran yang ada pada kita, bagaimana kita nak menangani semua ini," katanya.

Najib berkata selepas menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau terpaksa berdepan dengan pembangkang yang lebih bertenaga, khususnya di Perak.

Tak aman, tak jaya

"Perak lain masa itu, bukan lagi Amanjaya kerana Perak masa itu tak aman dan tak jaya.

"Masa tu kita bimbang apa akan jadi kepada Perak di bawah pembangkang tetapi berkat pemuafakatan, sebab kita bermuafakat, kita berjaya ambil alih pentadbiran negeri Perak," katanya.

Beliau berkata pada pilihan raya umum ke-13, ramai yang meramalkan bahawa BN tidak mungkin dapat mempertahankan Perak yang didakwa dikuasai semula selepas tiga wakil rakyat bebas kembali ke pangkuan BN.

"Kita telah buktikan bila kita bermuafakat, bila kita bersatu sesama kita, bila kita dapat memikir strategi-strategi yang tepat lagi bijak maka pada 2013, bumi Perak ini dapat dipertahankan oleh BN," katanya.

- Bernama

Alhamdulillah ... Turki muncul membantu Rohingya


AllahuAkbar

Negara yang baru bangkit dari kesan kekalutan Mustafa Kamal Atarturk. Negara Islam progresif sebaris Malaysia pula muncul.sebagai penyelamat.



Dulu Malaysia pernah menolong Bosnia di kala tiada sapapun boleh membantu negara islam balkan itu.

Kini tiba giliran turki membantu rohingya. Alhamdulillah.

Friday, May 22, 2015

Adakah PASMA terdesak hingga minta Guan Eng debat Hadi?


Tak lojik untuk Joseph Lim untuk ajak Hadi berdebat tentang isi kandung hukum hudud dalam Quran. Tak mungkin Joseph Lim terbawa2 dengan gelaran Khalifah Omar Abd Aziz.

Mungkinkah ianya sebenar cabaran dari puak PASMA tapi tak berani bersuara. Takut dari clean sweep bagi puak ulamak, puak Anwarinas akan disapu keluar dari PAS.

Pelancaran RMK 11 tak dapat perhatian sebab 1mdb

Pelancaran suatu polisi yang penting semalam tapi tidak dapat perhatian sebab masing2 nak cari salah dan pastikan negara jatuh bersama 1mdb.

Penting difahami asas RMK 11...