Friday, October 3, 2014

Takut pada TSKI, Anwar lepas dendam dengan arah Azmin TINDAS WARGA TUA???!!!


Bukankah Azmin hanya "robot remote control" oleh Anwar ....?

Faekah Husin dah panas apabila bossnya kena usik... Rakyat Selangor dah boleh beli Pop Corn dan air Coke, enjoy the movie yang dah bermula sejak semalam. Akan ada banyak lagi adegan adegan menarik dijangkakan selepas ini.



Petikan dari Utusan Online;


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.
Seterusnya di MIK SINI.


Hairan ... baru beberapa hari lepas, Anwar umum Khalid akan disiasat dan Azmin pun bagai di 'remote control' disambut. Sebaik saja Khalid kata dia sedia disiasat SPRM, Anwar terus tarik brake dan betulkan kenyataan lalu terus terikut-ikut cara PAS untuk U Turn.

Agaknya Anwar takut bila melihat Khalid terlalu yakin. Dia sedar Khalid masih ada peluru-peluru dituju ke arah PKR dan ramai pemimpin-pemimpin yang tersalah tuduh Khalid.

Nampaknya Anwar takut nak lepaskan dendam terhadap Khalid lalu dia lepaskan dendam dengan menindas orang tua-tua. Lupa Anwar bahawa dia pun tua dan bakal lagi tua bila keluar penjara kelak.

Syed Ali, dia dah cermin dirinya sikit tu ....


Hehehe ... baca kenyataan Faekah sepenuh berikut: 

RABU, 1 OKT 2014

ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN  LANGKAH SUMBANG


Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan  atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.

Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh  Menteri besar baharu.

YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.  Budaya ini amat berbeza  di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai  budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.

Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah  bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama  berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’.

FAEKAH BT HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
ADUN PELABUHAN KLANG

No comments:

Post a Comment