Tuesday, October 7, 2014

Rahman Dahlan berkenaan 20 point agreement dan Carbotage


“Many Way To Skin A Cat” antara hujah Dato Rahman Dahalan dalam forum dan dialog antara beliau dengan Ahli Parlimen Penampang- Darel Leiking pada Sabtu petang di Kota Kinabalu.

Forum dan Dialog yang bertajuk “Sabah dalam atau luar Malaysia” menurut Rahman, adalah “tajuk” yang agak provokasi; atas sebab beliau dan Leiking, hadir sebagai panel, tidakpun terfikir untuk membincangkan keadaan itu, kerana, tiada data atau hujah yang boleh mendokong hujah, kalau Sabah berada di Luar Malaysia; data atau fakta yang ada hanya Sabah berada dalam Malaysia untuk tempoh lebih setengah abad.

Menurut Rahman mereka tidak mahu terperangkap dengan ilusi, khayalan, andaian sepertimana hujah dua tiga ketul pemimpin Sabah yang cuba menggambarkan keadaan “apabila” Sabah di luar Malaysia.

Salah seorang cendikawan yang duduk sepentas dengan Rahman dan Leiking, Dr Ramzah Dambul daripada Universiti Sabah (UMS) yang bertindak sebagai pengulas daripada sudut akademik, menganalogkan keberadaan Sabah dalam Malaysia, sebagai sebuah perkahwinan; untuk itu, beliau melihat apakah perkahwinan selama lebih 50 tahun itu bahagia kah tidak. Menurut beliau, kebahagian tidak boleh diukur daripada segi material sahaja, tetapi dalam aspek psikologis juga.

Menurut ahli akademik itu, isu yang diwar-warkan oleh berbagai pihak, termasuk kadar kemiskinan di Sabah, kajian menunjukan, bahawa kemiskinan di Sabah, bukanlah merujuk kerana Sabah berada di Malaysia; sebaliknya banyak faktor lain termasuk sifat rakyat itu sendiri, tofografi dan sumber pendapatan serta kadar pengetahuan atau pendidikan.

Rahman dalam hujahnya, untuk menjawab hujah segelitir rakyat atau pemimpin di Sabah berkaitan “royalty minyak” menjelaskan bahawa sebenarnya Petronas membayar purata hampir RM1bilion setiap tahun kepada Sabah, kerana hasil minyak Sabah. Sebesar amaun itu juga dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Rahman memberi data, bahawa saban tahun, kerajaan persekutuan menyalurkan kewangan kepada Sabah, rata-rata 3 kali ganda jumlahnya berbanding kutipan percukaian daripada negeri itu. Sebagai contoh pada tahun 2013, kutipan cukai sebesar RM4.2bilion, namun peruntukan yang disalur kepada Sabah sebesar RM11bilion.
Dalam forum hari ini, Rahman dan Leiking memang mengakui kebaikan Sabah berada dalam Malaysia, antara lain, perkhidmatan keselamatan, kesihatan, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Persekutuan. Tiga sektor tersebut merupakan sektor yang memperlukan peruntukan besar.
Baca seterusnya di Apa Yang Tersirat SINI. Laporan mengenai majlis semasa di FMT SINI

Rahman Dahlan turut menyentuh mengenai polisi Carbotage. 

Baca juga MI SINI

No comments:

Post a Comment