Saturday, October 11, 2014

Saifudin malu Ulil intelek tipu lalu serang Ibrahim Ali


Kata-kata bakar Bible yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali ketika satu majis Perkasa di Permatang Pauh sebelum PRU13 bukan bernada keras atau membakar kemarahan hadirin.

Dia hanya kata sesiapa yang dapat bible yang cuba diberi kepada pelajar Melayu diluar sebuah sekolah oleh mubaligh Kristian itu usah dibuang atau masuk bakul sampah tapi bakar saja. Tiada elemen provokasi langsung.

Ia serupa cara orang Islam hormati Quran lama dengan tidak dibuang begitu saja tapi dibakar. Perkara ini difahami oleh Dato Nancy Suri ketika menjelaskan bahawa tiada isu langsung. Baca kenyataan Nancy Shukri SINI.

Untuk menekan AG supaya mendakwa adakah ianya boleh menang? Mantap ke fakta hanya berdasarkan laporan Malaysiakini dan Malaysian Insider? Memang tidak kuat untuk didakwa!!!

Kenyataan Nancy Shukri telah disalah lapor dengan sengaja oleh MM dan TMI. Kemudian Christian Fellowship of Malaysia pun memberi reaksi pada laporan salah.

Nampaknya Dato Saifuddin Abdullah bersuara mengikut nada pembangkang untuk menuntut Dato Ibrahim Ali didakwa. 

Saifuddin termalu kerana terlibat dalam program membawa seorang pembawa ajaran sesat Islam Liberal lalu mempersoalkan Nancy Shukri serupa seorang pembangkang dan menyerang Ibrahim ali untuk tutup malu. 

Dia cuba menafikan tapi macam mana nak nafi bila namanya tersiar jadi pemberi ucaptama dan GMM atau Saifuddin tiada menafikan awal. Tunggu terdedah baru nak nahi nahi ....Lagi pelik apa Saifuddin nak nafi bila Nampak sangat Malaysiakini cuba membantu bela Saifuddin. Baca di SINI.

Hal Saifuddin membawa ajaran sesat ini sudah tersebar luas hingga ianya ditentang Persatuan Ulama dan pihak JAKIM serta Dato Zahid hamidi sudah buat kenyataan bahawa Ulil akan ditahan dari masuk Malaysia.Baca Jinggo SINI.

Berikut Zul Nordin membuat laporan polis:


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Pihak berkuasa digesa bertindak menghalang penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad ini' di ibu negara pada 18 Oktober ini kerana didakwa membawa fahaman liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Gesaan itu dibuat oleh dua aktivis iaitu bekas Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bersama Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Menurut Zulkifli, program yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dengan kerjasama Global Movement of Moderates (GMM) itu dijangka dirasmikan oleh Pengerusi GMM, Datuk Saifudin Abdullah dan ucaptamanya disampaikan oleh pemimpin Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla.

Beliau berkata, Ulil Abshar yang merupakan warganegara Indonesia serta pengasas JIL telah disenaraikan sebagai penganut fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularime di negara tersebut.

"Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ulil Abshar pernah membuat kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di media massa.

Baca sepenuh lapoan di SINI dan salinan laporan boleh diperolehi di laman blog Dato Zul SINI.

Otak mangkuk macam Saifuddin akan akhirnya berhujah kata perlu terbuka untuk berdialog dan berdiscourse. 

Ini kononnya hanyalah intellectual discourse dan perlu buka minda. Kebebasan berfikir ni tak boleh elak sebab ia persoalan individu. Idealnya Dr Ulil Abshar melontar pendapat dengan hujah dan penentangnya juga melawan dengan hujah. Kalau awal2 lagi guna pendekatan menghukum, kita akan jadi bahan gelak.

Masaalahnya kalau intelek bertukar fikiran dengan intelek yang tulen dan berintegriti tapi yang si mangkok ini agungi sebagai intelek adalah seorang penipu. Orang yang mereka agungi sebagai intelek bergelar doktor itu ijazah pun tidak ada tapi mengaku ada PhD Harvard. US pun kena tipu bila sponsor dia beri scholarship.

Ulil tidak ada integriti dan intelek palsu. Hujahnya telah banyak dipatahkan dan ditolak ilmuwan Islam di Indonesia. Hatta ilmuwan Malaysia pun telah berbahas dan ternyata dia rapuh. Mengapa pula perlu IRF/ GMM masih mahu mengangkat orng yang telah ditolak dunia intelektual kerana siri-siri pembohongannya? Adakah kita ketandusan ahli akademik/ intelektual yg berwibawa dan berintegriti?

Tujuan pembangkang menyerang Ibrahim ali itu jelas hingga Lim Guan Eng enggan langsung mahu terima kenyataan Nancy Shukri.

Niat mereka jelas mahu kata hanya pebangkang saja yang kena dakwa bawah Akta hasutan... Hmmm ... Presiden ISMA akan didakwa Isnin ini. Apa cerita?


Bagi Dato Nurjazlan yang tidak tahu apa, janganlah nak sibuk

No comments:

Post a Comment